Idea permainan bola keranjang dicipta oleh Dr. James Naismith yang pada ketika itu merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Latihan YMCA Springfield, Amerika Syarikat. Pada ketika itu, bakul memungut buah pic dijadikan jaring bola keranjang. Sebaik sahaja bola masuk ke dalam bakul itu, bola itu dikeluarkan semula. Ia kemudiannya ditukarkan dengan keranjang bergelung besi dan dipasang dengan jaring disekelilingnya. Pada masa itu, nama permainan ini diubah dari Bola Naismith kepada Bola Keranjang. Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa atau International Basketball Federation (FIBA) telah ditubuhkan ditubuhkan pada tahun 1932 di Geneva, Sweden bertindak sebagai penggerak sukan bola keranjang dengan menyebarkan pengaruh sukan itu ke seluruh dunia di samping menetapkan peraturan-peraturan permainan dan menguruskan pertandingan bola keranjang peringkat antarabangsa. Kata Hikayat, Kekalahan bukan bermakna kekurangan; Kemenangan bukan bermakna keja...