Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 21, 2008

7: Versus

Nurul memandang sekeliling kawasan SMK Setiawasih. Kagum. Tidak sangka baru 3 tahun dia meninggalkan sekolah tersebut banyak perubahan ketara yang dilihatnya. Antaranya semua bangunan sekolah sudah di cat warna biru cair berbanding warna putih dahulu. Itupun seingat dia, warna bangunan seakan pudar, malah berlumut. Kalau dulu, Taman Botani yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar dipenuhi dengan rumput-rumput panjang tapi kini di hiasi dengan pelbagai bunga-bunga. Dan ditengahnya terdapat 3 buah pondok yang lengkap dengan kerusi meja. Terdapat beberapa orang pelajar sedang berbual sambil mengulang kaji pelajaran di bawah pondok tersebut. Nazrul yang datang bersama dengannya tadi sudah lama menghilangkan diri tanpa dikesan. Sedar-sedar saja, dia sudah berdiri seorang diri di situ. Malas dia hendak mencari lelaki itu. Buat sakit hati adalah. Hari ni saja, dah berapa kali Nazrul membuatnya bengang tahap gaban. Agaknya kalaulah Gaban tu wujud lagi sampai hari ni, Gaban pun takut deng...