Sejak dari tadi, Apy Elina berasa risau dengan keadaan Alex. Walaupun Alex datang latihan seperti biasa pada pagi itu, tetapi dia tetap melahirkan rasa risau terhadap Alex. Awal-awal lagi Alex melangkah masuk ke dalam dewan, dia dapat melihat wajah Alex yang lesu dan keletihan seperti baru sahaja bermain bola keranjang sepanjang hari. Apabila ditanya, Alex langsung tidak menjawab soalannya. Kini apabila melihat cara Alex beraksi di gelanggang, dia menjadi bertambah bimbang. Bukannya kerana Alex tidak dapat tumpukan perhatian atau membuat serangan lemah walaupun kehilangan seperti telah kehilangan separuh daripada tenaganya, tetapi kerana Alex sering bertindak membuta tuli ketika membuat serangan. Malah, serangannya juga tidak mengena. Akibatnya, Alex tidak dapat pungut lebihan mata. Melihat keadaan Alex yang begitu membimbangkan, Apy Elina segera menghentikan perlawanan itu dan memberi mereka rehat sebentar. Setelah masing-masing berehat di tepi, Apy Elina segera mendapatkan A...