2: MUSUH Ashraf melambung-lambung bola keranjang di tangannya sambil melangkah masuk ke dalam kelasnya yang langsung tiada sesiapa di dalam. Mungkin mereka belum sampai lagi. Ah, siapa yang tidak kenal dengan pelajar-pelajar 5 Cekal. Pelajarnya langsung tidak ‘CEKAL’. Lagi rosak adalah. Inilah situasi sebenar kalau berada di kelas tercorot sekali. Dia menghampiri mejanya yang kosong itu. Sekeping kad berwarna pink menarik perhatiannya. Ashraf memandang sekeliling, memerhati kalau-kalau ada orang sedang memerhatinya tapi matanya tidak dapat mengesan sesiapa di situ malah telinganya juga tidak dapat mengesan sebarang bunyi tapak kasut. Entah siapa pula yang tersilap bagi kad cinta ni? Rasanya semua orang tahu bahawa dia begitu anti dengan perempuan. Walau betapa cantiknya perempuan yang selalu ushanya, dia langsung tiada selera hendak mendekati mereka. Memang silaplah siapa yang beri kad cinta. Pada hari pertama persekolahan pula tu. Malah tahu tempat duduk kegemarannya pula. Mungkin pem...