Hampir-hampir... “Kenapa aku perlu tolong kau?” tanya Asraf di tengah-tengah puduraya yang sesak dengan orang ramai. Beginilah keadaan Puduraya yang tidak pernah lengang dengan orang ramai. Maklumlah disinilah tempat persinggahan bas-bas di serata negeri di Malaysia ini. “Sebab hanya kau seorang saja yang aku kenal dan sebab kaulah juga aku dah sesat,” balas Blue dengan ayat selambanya. Dari tadi dia bengang sesangat dengan Roswell yang tak habis-habis mahu bergaduh dengannya. Padahal benda tu kecil saja tapi oleh kerana Roswell ni terlampau ‘caring’ sangat semuanya jadi besar sebesar-besar raksasa serang ultraman tu. Huh, bengang juga. Ada ke patut nak melintas jalan pun guna jejantas yang jauhnya dari rumahnya ke kedai Pak Tam? Huh, okey memanglah patut tapi bukankah ada lampu isyarat. Lepas lampu isyarat tu merah, redahnyalah. Ini dia dipaksa mendaki jejantas. Bukan tu saja, dengan selamba katak Roswell menarik tangannya. Dan disitu bermula agenda tarik tali. Akhirnya dia terpaksa ...