Kata Hikayat, Jika anda buang perkataan kalah dalam kamus hidup anda, anda juga harus buang perkataan mustahil di dalam kamus hidup anda juga. “Macam mana dengan Alex?” tanya Puan Azrina kepada Hazrul yang menghampirinya di meja makan. Hazrul sekadar menggeleng tanda tidak baik. “Budak ni!” mamanya itu mendengus marah. “Sudahlah, kalau dia tak nak makan, biarkan saja! Mama nak tengok sampai bila dia boleh bertahan di dalam sana. Menyusahkan orang saja!” “Mama, sudahlah. Biar Alex tenangkan diri dulu lagipun dia baru saja sedar. Beri dia masa,” Hazrul cuba tenangkan mamanya. Sejak mendapat tahu berita Alex dimasukkan ke dalam hospital kerana di dapati menelan ubat tidur dalam kuantiti banyak, angin mamanya tidak menentu. Namun dia tahu, walaupun mamanya berasa marah dengan apa yang telah berlaku tapi masih ada perasaan simpatinya terhadap anak lelakinya itu. Ibu mana yang mahu melihat satu-satu anaknya membuat kerja gila dengan membunuh diri. Selepas mereka berdua makan malam b...