“ SAYA tak tahu, sama ada awak bertuah memiliki saya atau saya yang bertuah memiliki awak,” kata Apy Elina. Dia menongkat dagu sambil memandang suaminya yang sedang menikmati Maggie yang dimasaknya tadi. Bukan setakat itu sahaja, suaminya makan dengan begitu lahap seperti orang kebuluran. Macam orang tak makan seminggu pun ada. “ Kenapa?” tanya Adam dengan mulut yang penuh. Macam biasa, Maggie yang dimasak oleh isterinya memang buat dia ketagih. Padahal biasa saja. Dia sendiri pun tak faham.