“ Sekarang ada jawatan kosong ke?” soal Mama Fiza sekali gus memecah kesunyian dan menarik Arissa keluar dari lamunan yang panjang tadi. “ Jawatan kosong?” tanya Arissa kembali. Takut tersalah dengar apa yang ditanya oleh Mama Fiza tadi. Rasanya, semasa dia mengelamun tadi, dia tidak pergi jauh sangat. Jadi soalan Mama Fiza tadi memang tidak masuk akal. Tambah lagi Mama Fiza sendiri tahu yang dia masih belajar. Mana datangnya pula soalan jawatan kosong.