Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 9, 2011

TKC: BAB 8&9

BAB 8 Kereta yang dipandu Zaquan meluncur laju di atas jalan raya. Sakinah yang duduk di sebelah sejak tadi sekadar mendiamkan diri. Dia tidak berani hendak berkata apa-apa sejak Zaquan masuk ke dalam kereta itu tadi. Mengikut pengalamannya, jikalau Tuan Mudanya itu mendiamkan diri, itu bermakna Tuan Mudanya sedang marah. Kalau dia tersilap kata, mungkin telingannya akan menjadi mangsa bebelan Tuan Mudanya sehingga dia sendiri pun tidak tahan nanti. Sakinah pernah mengalaminya sekali. Waktu itu, beberapa hari selepas kemalangan ngeri yang meragut dua orang yang mereka sayang. Tuan Mudanya itu langsung tidak bertegur sapa dengannya lalu dia memberanikan diri menegur Tuan Mudanya seperti biasa, tetapi Tuan Mudanya membalas dengan tengkingan sehingga kini dia tidak dapat melupakan peristiwa itu. “Kenapa kau tiba-tiba tak nak jumpa aku?” Zaquan mula bertanya. “ Ada date dengan lelaki lain ke?” soal Zaquan lagi. Kali ini dengan nada menyindir. “Saya mana ada teman lelakilah! Buk...