Seminggu sebelum temuduga “Hey, kami akan adakan mesyuarat petang ni. Nak bincang pasal pengambilan jurulatih baru. Kau nak turut serta ke?” tanya Alex setelah kelas mereka tamat sebentar tadi. “Err… sorry, aku ada hal,” beritahu Izwan teragak-agak. “… lagipun aku masuk kerja petang ni. Mungkin lain kali.” “Okey, nanti kalau ada apa-apa aku beritahu kau di rumah,” kata Alex sebelum berlalu pergi. Izwan hanya melihat kelibat Alex menghilang dipandangan matanya. Tanpa disedari dia tersenyum. Sejak akhir-akhir ini, inilah kali pertama dia melihat Alex begitu serius sekali dalam menguruskan The Legend. Kalau dulu, memang sukar untuk dia melihat Alex ketawa bergembira tapi sekarang setiap hari dia dapat melihat perubahan ketara itu. Sejak nenek Alex membuat keputusan untuk menyerahkan The Legend kepada cucunya itu. “Aku buat pertukaran dengan nenek aku. Dia beri aku uruskan The Legend dan aku berhutang dengannya,” kata Alex minggu lepas menjelaskan segala-galanya. Antara dia deng...