“So, kiranya korang dah berbaik dari bermasam muka la ni?” tanya Sofea yang meratah ayam goreng yang Nurul masak tadi. “Mungkin,” jawab Nurul turut meratah ayam goreng untuk makanan malam mereka. Selalunya memang dia tidak makan malam tapi entah kenapa perutnya teringin menjamah sesuatu selain nasi pada malam itu. Sofea pula datang tepat pada waktunya ataupun mungkin terbaru ayam goreng dari sebelah rumahnya. Memang hubungan dia dengan Sofea boleh dikatakan rapat sejak dia berpindah ke situ. Dan mungkin sebab itulah Sofea yang sering ditinggalkan seorang diri di rumah kerana ibu dan bapanya yang sibuk dengan kerja, akan bertandang ke rumah Nurul yang hanya terletak bersebelahan dengan rumahnya. Dengan itu dia tidak akan berasa sunyi apabila ketiadaan ibubapanya di sisi. “Mungkin?” tanya Sofea kembali. “Ya. Kau pun tahukan yang Nazrul tu memang pelik.” “Pelik dia hanya suka tidur saja yang lainnya aku tak nampak pelik,” jawab Sofea. “Sebab kau tak kenal dia mestilah kau tak tahu yang d...