BAB 10 Masuk hari ini, sudah seminggu Zaquan belajar di Kolej Warisan dan selama itulah Sakinah sering menjadi perhatian ramai terutamanya pelajar satu fakulti yang mengenalinya. Kata Aina, namanya tiba-tiba menjadi popular sebentar kerana hubungan mesranya dengan Zaquan. Namun, setakat ini tiada sesiapa yang berani bertanya tentang hubungannya dengan Zaquan. Mungkin kerana kebanyakan pelajarnya lebih suka mendengar khabar angin daripada mendengar pengakuan daripada orang empunya diri. Tapi, hanya seorang sahaja yang berani bertanya macam-macam tentang hubungannya dengan Zaquan. Siapa lagi kalau bukan sahabat karibnya, Aina. Satu hari memang tidak sah, kalau Aina tidak tanya tentang Zaquan. Kadangkala dia sendiri tidak tahu hendak menjawab apa. Soalan Aina memang teliti. “Kenapa kau gelarkan tuan muda kau tu Bencana Alam?” soal Aina lagi. “Entah. Aku pun tak tahu tapi itu yang mula-mula aku fikir sejak pertama kali aku berjumpa dengannya. Lama-lama, Bencana Alam dengan tuan ...