Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 23, 2009

19: FOBIA

“Alex…dia…tak boleh makan nasi….” Kening Apy Elina terangkat. “Tapi dia dah makan tadi,” ujarnya. “Mungkin lepas ni The Legend akan dapat malapetaka yang besar,” Leo berkata. “Ha?” reaksi yang berpura-pura. Perfect ! Hatinya menjerit. “Sejak kecil lagi dia telah dilatih dengan pelbagai latihan tegas termasuklah dalam sukan. Selain bola keranjang, dia juga mahir dalam beberapa sukan lasak yang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang dan semua jenis sukan seni mempertahankan diri. Dia juga mewarisi kecerdikan ibunya. Menurut satu sumber, dia sudah boleh menyelesaikan masalah matematik taraf universiti semasa berumur 6 tahun. Dan dalam bola keranjang, dia dianggap Genius.” Tercengang Apy Elina mendengar apa yang diolah oleh Daniel tadi. Entah kenapa dia rasa dirinya terlalu kecil dan tidak mempunyai tenaga untuk berhadapan dengannya. “Ke… kenapa aku rasa dia begitu menakutkan?” Daniel mengukir senyuman. “Tapi aku tahu kelemahannya.” “Apa dia?” “Nasi.” ...