Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 2, 2015

Romeo yang Hilang: Bab 8

HILANG lagi. Pantang dia leka sekejap, pasti suaminya hilang entah ke mana. Semalam, satu malam dia ditinggalkan oleh suaminya yang dalam diam mengikut abang-abangnya pergi menunggu durian jatuh di kebun. Itu pun, dia hanya sedar apabila bangun subuh tadi dan mendapati suaminya tiada di sebelah. Menggelabah juga dia mencari suaminya, akhirnya bila tengok handset, barulah dia tahu suaminya ada di kebun durian sekarang. Sepanjang menjadi suami Adam, barulah dia tahu yang suaminya itu memang dahaga melakukan aktiviti lasak. Bukan sahaja abang-abang dia terkejut tapi dia sebagai isteri juga terkejut.