Nurul hanya sekadar menggeleng apabila terlihat berpuluh-puluh surat cinta di bawah mejanya sebaik sahaja tamat waktu rehat. Memang begitulah setiap hari mesti ada yang bagi surat cinta dibawah mejanya untuk putera idaman mereka siapa lagi kalau bukan ahli rasmi pasukan bola sepak sekolahnya itu. Kadang-kala dia pun hairan dengan pelajar perempuan sekolahnya itu yang sejak dari dulu lagi mengilai sesiapa sahaja yang dapat menganggotai barisan ahli rasmi Kelab Bola Sepak. Kalaulah mereka tahu perangai sebenar putera idaman mereka itu, mungkin ada yang perlu fikir dua tiga kali untuk menghantar surat lagi. Baginya dalam pasukan itu hanya Rezza dan Fiq sahaja yang boleh diharap. Yang lain hancur! Lebih-lebih lagi Nazrul dan Hayrul yang selalu mengacau hidupnya. Selepas sahaja waktu persekolahan, Nurul akan ke bilik yang menjadi tempat perjumpaan Kelab Bola Sepak untuk memeriksa jadual latihan dan kadang-kala dia akan mengemas bilik itu bila ia semakin menyerupai tongkang pecah...