“No komen,” hanya itu jawapan yang diberikan oleh Farizat dan rakan-rakan yang lain mengenai hubungan Rezza dengan Nazrul. Puas juga Nurul bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Rezza dan Nazrul tapi tiada seorang pun yang mahu menjawabnya dengan jujur. Mereka seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu rahsia yang besar dari pengetahuannya. Malah, apa yang lagi pelik, mereka semua kelihatan bersetongkol untuk memberi jawapan yang sama. Entah rahsia besar apa yang mereka simpan sehingga tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut. Mungkin ada benarnya apa yang difikirnya selama ini, Rezza dan Nazrul adalah pasangan kekasih. “Jangan fikir apa-apa lagi,” sebuah buku latihan hinggap di atas kepalanya membuatnya tersentak dari lamunan. “Sakitlah!” Nurul mencebik marah kepada Sofea yang duduk di hadapannya. Gadis itu hanya menggeleng saja. Dia tahu apa yang sedang di fikir oleh kawannya itu, tak lain tak bukan mesti pasal hubungan Rezza dan Nazrul. “Sudahlah tu. Aku dah c...