Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 5, 2009

13: KEBEBASAN

Sebaik sahaja dia membuka pintu untuk keluar dari pejabat Pengarah Kampus, dia terkejut apabila Alex sudah berdiri di hadapan pintu bersama dengan Rinazila. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, Alex terus melangkah masuk ke dalam pejabat Pengarah Kampus. “Alex,” panggilnya cuba menghalang Alex dari menimbulkan kekecohan di situ. Alex mesti tahu apa yang telah berlaku tadi dan dia pasti Alex akan membantah keputusan yang dibuat oleh pihak kolej itu. “Alex,” panggilnya lagi apabila Alex langsung tidak mahu mendengar panggilannya. “Ini antara aku dengan si botak tua ni, ini tak ada kena mengena dengan kau,” kata Alex sambil memandang tajam ke arah lelaki berkepala botak yang sudah separuh abad itu. Tuan Haji Ismail, Pengarah Kampus Kolej Lagenda kelihatan terkejut dengan kedatangan Alex. Dia sebelum ini difahamkan oleh Datuk Azrina yang juga majikannya itu, bahawa dia akan memastikan Alex tidak akan menganggu proses pembuangan Izwan dari kolej tersebut. Izwan tidak terkata apa. Alex...