Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 13, 2009

21: DAN SEBENARNYA

Kata Hikayat, Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan. “Selamat pagi semua!!” jeritnya dengan penuh bertenaga sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dewan gelanggang yang akan menjadi tempat pertemuan The Legend dengan New Angle buat pertama kali sejak dia menjadi jurulatih The Legend. Ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya. Sudah lama dia idamkan hari ini di mana dia akan duduk di kerusi jurulatih sambil memerhati anak-anak buahnya berlawan di gelanggang. “Kenapa?” tanyanya hairan apabila melihat masing-masing bermuka toya. Kemudian apabila dia menghampiri mereka, semua berlalu duduk di tempat masing-masing kecuali Izwan yang masih lagi tidak berganjak dari tempatnya berdiri. “Semalam Alex tak balik rumah. Saya cuba hubunginya beberapa kali tapi tak dapat,” beritahu Izwan yang nampak risau. “Hah?!” “Kenapa cikgu sengaja nak singkirkan Alex?” tanya Wawa ti...