Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 31, 2009

20: PAKATAN

Kata Hikayat, Kekuatan manusia bukan terletak pada stamina. Bukan juga pada bentuk fizikalnya tapi falsafahnya hidupnya. Walau sehebat mana pun mereka, jika di dadanya tiada falsafah, akan layulah mereka seperti daun-daun yang layu ke bumi. Izwan bergegas ke pejabat jurulatihnya setelah mendapat mesej dari jurulatihnya yang mengatakan Alex berada di sana . Sejak awal pagi lagi, selepas menerima bungkusan misteri dari jurulatihnya, dia tidak melihat kelibat Alex selepas itu. Puas dia cuba menghubungi rakannya itu dan mencarinya di sekitar kolej namun tidak jumpa sehinggalah dia mendapat mesej dari jurulatihnya. “Cikgu!” panggil Izwan sebaik sahaja membuka pintu pejabat jurulatihnya. Apy Elina yang sedang menyemak sesuatu pada fail di tangannya hanya menunjuk ke arah Alex yang terbaring kelesuan di sofa panjang tidak sedarkan diri. Melihat keadaan Alex yang pucat lesu membuatkan dia terkejut. Baru pagi tadi dia melihat Alex cergas seperti biasa dan sekarang, Alex bagaikan pesa...