Kejora baru saja selesai menyapu peluh di dahi selepas sesi latihan ringkas pagi itu. Bunyi deringan telefon mengejutkannya. Nama yang tertera di skrin membuat dadanya bergetar. Harris. Dia terdiam seketika, jarinya kaku sebelum akhirnya dia menolak panggilan itu tanpa ragu. Telefon pintar kembali diletakkan di atas meja semula. Firdaus yang sedang mengelap tangan dengan tuala sempat menjeling. Ini bukan kali pertama dia lihat Kejora tolak panggilan telefon. Awalnya dia tidak mahu masuk campur tapi melihat Kejora berubah mood, akhirnya dia bersuara perlahan, “Siapa?” “Harris,” jawab Kejora sepatah. Firdaus mengangguk kecil dan meneguk air mineral di tangan. Dia sudah agak. “Kenapa tak jawab?” soalnya tenang. “Aku belum bersedia nak berhadapan dengan dia.” Firdaus mengangguk lagi. Tiada paksaan dalam nadanya, hanya kefahaman. Namun, belum sempat suasana tenang itu berlarutan, telefon pintar Firdaus pula berbunyi. “Harris,” ujar Firdaus sambil menunjukkan sk...