Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 20, 2008

14(b): PARTNER DALAM KERTAS

PARTNER DALAM KERTAS “Kenapa buat Blue macam ni?” tanya Hafiz kepada Natasya setelah mereka berhenti berehat di sebuah kawasan rehat di Kuala Selangor untuk mengisi perut yang kosong. Setelah berbincang Cikgu Roslan terpaksa memutuskan bahawa rombongan kali ini terpaksa dibatalkan serta merta. Sementara mereka pulang ke desa, Cikgu Roslan pula terpaksa mencari Blue di Kuala Lumpur dengan bantuan kawan cikgu yang menetap di situ. Tapi bukannya senang nak temui Blue dikota yang penuh sesak dengan orang ramai. Entah bagaimanalah nasib Blue seorang diri di sana. Sihatkah? Dah makankah? Menurut kawan-kawan Blue, Blue mungkin membawa beg duit, jadi, mungkin tak perlu risau sama ada Blue dah makan ke tak tapi makanan kat Kuala Lumpur ni murah macam di tempat tinggalnya. 5 kali ganda mahalnya. Cukup ke wang yang Blue bawa? “Kan Tasya dah cakap, bukannya Tasya sengaja. Lepas je Tasya keluar dari tandas kat CM tu, Blue dah hilang. Tasya ingat dia sengaja nak tinggalkan Tasya, jadi Tasya balik...