Chapter 11 “Hey Asraf,” sapa Nazrul menghampiri kawannya yang baru melangkah masuk ke dalam kelas. “Kau nak join kitorang pergi rombongan tak?” soalnya. “Rombongan?” tanya Asraf hairan. Rombongan apa pulak di awal-awal sesi persekolahan? Selalunya aktiviti rombongan hanya akan dibuat semasa cuti persekolahan pada akhir tahun. Paling kurang pun, pada waktu cuti sekolah. “Oh,” baru dia teringat tentang tradisi pelik sekolahnya itu yang selalu mengadakan rombongan pada awal tahun bagi pel ajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan penting. “Kau nak pergi tak?” tanya Zafrul lagi. “Bila?” soal Asraf kembali. “Sabtu dan Ahad minggu depan.” “Cepat! Kitorang dengar ada 4 kekosongan lagi. Siapa cepat, dia dapat,” pantas Zafrul menjawab. Nampak sangat diorang ni gian nak keluar dari kampung halaman. “Oh. No. No. Kalau hari Sabtu dan Ahad minggu depan, aku gerenti tak boleh sertai sebab dah ada orang yang booking aku awal-awal lagi,” jawab Asraf berlagak. “Siapa?” ta...