Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 24, 2008

FINAL: MY LOVE

Hari ke 98. Blue memandang sayu potret gambar yang tergantung di dinding biliknya. Gambar mama dan papanya yang telah lama meninggalkannya. Dia hampir terlupa bahawa mereka adalah ibubapa kandungnya sehinggalah baru-baru ini dia teringatkan mereka. Kejam? Ah, dia tidak kisah kalau ada orang kata dia telah lupakan ibubapa kandungnya tapi itulah hakikatnya. Masa yang Allah S.W.T peruntukkan untuknya bersama dengan kedua ibubapa kandungnya terlalu singkat sehingga dia tidak ingat memori sewaktu ibubapanya masih hidup. Kedua ibubapanya meninggal dunia masa dia berumur 3 tahun. Apa yang dia ingat, masa tu mama menciumnya dan mengucupkan selamat tinggal. Papa pula berjanji nak beli anak patung banyak-banyak. Dan, dia berhenti menangis. Blue tersenyum kelat. Entahlah, macam mana dia boleh berhenti menangis bila papa menyogoknya dengan anak patung, dia sendiri tidak tahu mungkin dia memang seorang yang gila dengan anak patung. Tapi sejak tinggal dengan ibu, ibu tak benarkan dia menyimpan anak...