Blue memandang sayu potret gambar yang tergantung di dinding biliknya. Gambar mama dan papanya yang telah lama meninggalkannya. Dia hampir terlupa bahawa mereka adalah ibubapa kandungnya sehinggalah baru-baru ini dia teringatkan mereka. Kejam? Ah, dia tidak kisah kalau ada orang kata dia telah lupakan ibubapa kandungnya tapi itulah hakikatnya. Masa yang Allah S.W.T peruntukkan untuknya bersama dengan kedua ibubapa kandungnya terlalu singkat sehingga dia tidak ingat memori sewaktu ibubapanya masih hidup.
Kedua ibubapanya meninggal dunia masa dia berumur 3 tahun. Apa yang dia ingat, masa tu mama menciumnya dan mengucupkan selamat tinggal. Papa pula berjanji nak beli anak patung banyak-banyak. Dan, dia berhenti menangis.
Blue tersenyum kelat. Entahlah, macam mana dia boleh berhenti menangis bila papa menyogoknya dengan anak patung, dia sendiri tidak tahu mungkin dia memang seorang yang gila dengan anak patung. Tapi sejak tinggal dengan ibu, ibu tak benarkan dia menyimpan anak patung. Untuk menyenangkan hatinya, ibu menyogoknya dengan teddy bear.
Teddy Bear berbentuk panda yang dihadiahkan oleh ibunya masa hari jadinya yang ke-7 tahun dipeluknya. Ingatannya ligat memutar kembali zaman kecilnya. Dia tidak ingat bagaimana mama dan papanya meninggal tapi menurut apa yang Puan Hamidah yang juga merangkap ibu angkatnya berkata, mama dan papanya meninggal akibat kemalangan jalan raya di luar negara.
“Mereka ke sana untuk apa?” tanya Blue pada tahun lepas.
“Papa kamu nak selesaikan hal yang tertangguh sebab dia nak menetap di Malaysia. Ibu tak tahu sangat pasal apa, tapi mama kamu ada kata dia nak lelong rumah.”
“Lelong rumah? Kenapa pula?”
“Sebab papa kamu nak buka perniagaan di sini. Dia nak buka cafĂ© ataupun restoran tapi tak cukup bajet. Kami cadangkan buat pinjaman tapi papa kamu tu jenis yang tak suka pakai duit orang selain duitnya sendiri. Dia takut kalau perniagaannya tak menjadi, anaknya akan hidup melarat. Papa kamu sanggup berusaha dengan duitnya sendiri semata-mata mahu lihat kamu hidup gembira,” terang ibunya lagi.
Serta-merta air matanya mengalir. Kerana mahukan hidupnya senang dihari kemudian, mereka berdua sanggup lakukan apa saja untuknya. Tapi bukan itu yang dia mahu. Kalaulah masa tu dia boleh bersuara mungkin dia dapat menghalang mama dan papanya pergi ke sana tapi ajal dan maut di tangan Allah S.W.T.
“Sebenarnya, mereka sayangkan Adik. Mereka sayangkan Adik sebab itulah mereka tinggalkan adik. Hati ibubapa mana yang tak sayangkan anak mereka sendiri. Malah, ibu masih ingat lagi betapa sedihnya mama Adik sebelum berlepas keluar negara. Mereka terpaksa tinggalkan Adik bukan sebab mereka fikir bawa Adik melecehkan tapi sebab mereka tak mahu ada sesuatu yang buruk berlaku pada Adik. Lagipun Adik memang takut dengan bunyi kapal terbang masa tu,” tambah ibunya lagi.
Blue mengesat air matanya yang mula mengalir deras. Tiba-tiba bahunya di sentuh seseorang. Dia mendongak. Puan Hamidah tersenyum manis memandangnya.
“Ibu… tiba-tiba Adik teringatkan mama dan papa… tiba-tiba Adik rasa macam kejam sangat sebab dah lupakan mereka… macam mana ni? Mesti mama dan papa marahkan Adik nanti,” tubuhnya terus didakap ibunya. Pelukan erat dan hangat dari ibunya itu sedikit sebanyak menyembuhkan hatinya yang lara.
“Dah, dah, jangan menangis lagi. Bukan ke ibu dah kata, kalau Adik menangis sebab mama dan papa Adik, mesti roh mereka tidak akan tenang di atas sana,” pujuk ibunya. “Siapa kata Adik dah lupakan mereka, kalau Adik lupakan mereka mesti Adik tak dah buang gambar tu. Adik masih gantung gambar arwah mama dan papa Adik itu tandanya Adik tak lupa mereka,” pujuk ibunya lagi.
Pelukkan di lepaskan. Dia mengesat air matanya yang mengalir sambil cuba mengawal perasaannya. Sekali lagi dia menatap gambar kedua ibubapa kandungnya. Dia terasa seolah-olah mereka sedang tersenyum memandangnya sambil memesan supaya terus kuat menghadapi dugaan hidup yang berliku. Tidak lama selepas itu dia mengukirkan senyuman manis.
“Haa… macam tulah anak ibu. Senyum sepanjang masa,” Puan Hamidah memeluk anaknya itu. “Eh, lupa pula. Tadi, Ashraf telefon dia nak cakap dengan Adik tapi ibu ingat Adik tidur lagi.”
Blue kembali senyap. Dia merenung lantai biliknya. Entah kenapa wajah Ashraf berada di lantai biliknya. Nak dipijak? Sayang pula…
“Ibu dengar dia nak pergi luar negara,” ujar ibunya lagi. “Esok dia akan bertolak. Patutlah beberapa hari ni, ada orang lihat mereka sibuk memunggah barang ke lori rupanya Ashraf nak pindah. Kenapa Adik tak beritahu ibu?”
“Oh yakah? Adik pun tak tahu sangat la ibu. Adik ada dengar juga, ingatkan dia tu memain. Yelah ibu pun tahukan dengan perangai Roswell yang selalu tak kering idea nak buli Adik,” bohongnya.
“Tulah salah Adik jugak.”
“Kenapa pula?”
“Sebab Adik asyik fikir yang Ashraf tu acuh tak acuh je. Mungkin sebab tulah Adik anggap semua ni mainannya saja. Cuba sesekali tu fikir positif sikit,” ujar ibunya.
“Fikir positif?” Blue mengeluh lemah. ‘Selama ni aku tak berfikiran positif ke?’ detis hatinya.
“Dah!” ujar ibunya sedikit mengejutkannya dari lamunan. “Jangan asyik mengeluh saja. Tak baik tau mengeluh. Tu, telefon tu sampai bila Adik nak biarkan telefon tu berdering? Angkatlah. Mungkin Ashraf yang telefon.”
Setelah beberapa saat, barulah dia tersedar handset di atas katilnya berdering. Ibunya sudah pergi melangkah keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup rapat dari luar. Handsetnya masih berdering. Sejak semalam Ashraf cuba menghubunginya tapi sengaja dia tidak mahu menjawab panggilan dari Ashraf. Tapi sampai bila? Sampai nasi jadi bubur?
“Hello,” setelah mengumpul sekuat tenaga dia menjawab panggilan dari Ashraf.
“Hey,” sapa suara Ashraf dari hujung talian. “Aku ingat kau tak nak jawab telefon.”
“Sebab telefon ni memekak, aku angkatlah,” jawabnya selamba. “Kau nak apa? Kata nak pergi New York. Takkan tak pergi-pergi lagi?”
“Aku tahulah kau nak halau aku. Yelah, orang tu dah dapat pikat Hafiz semula, jadi aku ni tak diperlukan lagilah,” ujar Ashraf seolah-olah sedang menyindirnya.
“So?” tanyanya lagi. Ego. “Kan aku dah bagi amaran pada kau awal-awal lagi, kau takkan berjaya pikat hati aku.”
“Aku tahu,” jawab Ashraf menghela nafas panjang. “Aku cuma nak jumpa kau esok sebelum aku bertolak. Boleh tak?”
“Nak buat apa?”
“Datang jelah esok. Kita jumpa kat tepi pantai. Bawa harta karun aku sekali,” terus talian di matikan. Serentak dengan itu Blue mendengus marah. Entah apa yang di marahkannya dia sendiri tidak tahu.
“Budak ni bukannya nak jumpa aku tapi nak harta karun dia tu!” dia mencapai teddy bear kesayangannya dan menumbuk-numbuk teddy bear itu seperti dia menumbuk makhluk asing yang selalu menggucar-kacirkan hidupnya.
“Nah, harta karun kau ni. Ambillah. Buat menyemak almari aku je,” dia menghulurkan sebuah beg plastic kepada Ashraf sebaik sahaja kelibat mahkluk asing bermata hijau itu datang menghampirinya.
Ashraf menyambutnya sambil tersenyum sinis. Entah kenapa dia rasa macam dunianya kembali bercahaya sebaik sahaja dapat berjumpa dengan Blue. Mungkin inilah dinamakan cinta.
“So, kau dah terima Hafiz semula?” Ashraf mula bertanya. “Aku dengar dia ada minta couple dengan kau semula.”
“Tahulah aku nak buat macam mana. Aku sengaja buat gempak. Esok aku bagitahulah dia. Aku nak seksa Hafiz dulu supaya dia tahu bagaimana peritnya aku menunggunya,” ujar Blue selamba.
“Jangan kau seksa diri kau sudah.”
“Kenapa pula aku nak seksa diri aku?”
Ashraf sekadar mengangkat bahu.
“So, kalau aku tak de nanti jangan rindukan aku tau.”
“Tiada siapa nak rindukan kaulah,” Blue menjeling tajam.
“Jangan nakal-nakal juga.”
“Aku tak nakallah!”
“Dan jangan biarkan orang membuli kau.”
“Hanya kau saja yang selalu buli aku,” Blue menjawab.
Ashraf tersenyum. Tapi kali ini senyumannya ikhlas. Ini kali pertama Blue melihat senyuman Ashraf. Rupa-rupanya makhluk asing ni tahu senyum.
“Aku gembira sebab kau tak menangis,” ujar Ashraf lagi.
“Haa… kau mesti menangis bukan? Kau mesti dah jatuh cinta dengan akukan? Hafiz cakap macam tu. Tulah, kan aku dah bagi amaran awal-awal, jangan jatuh cinta dengan aku sebab hati aku hanya pada Hafiz seorang saja,” dengan angkuhnya dia berkata.
“Aku tak menangis.”
“Tipu… Kak Mira telefon aku beritahu yang kau…”
“Tapi aku memang dah jatuh cinta pada kau,” sambung Ashraf pantas memotong kata Blue sehingga membuatkan Blue terdiam seketika untuk beberapa minit.
“Apa?” tanya Blue inginkan kepastian sekali lagi. Rasanya Ashraf ada sebut sesuatu yang langsung tak difikirnya atau mungkin dia sedang berkhayal.
Kedengaran Ashraf menghela nafas panjang. “Kakak aku cakap kadang-kala kita perlu buang perasaan ego yang menguasai diri untuk mendapat kebahagiaan. Aku memang ego tapi dalam masa yang sama kau juga memang ego. Apatah lagi kau ni perempuan takkanlah aku nak paksa kau cakap ‘I love you’ kat aku dulu. Aku tak nak jadi macam kes Hafiz. Dia sukakan kau tapi tak berani nak luahkan perasaannya pada kau dan akhirnya dia menyesal,” ujar Ashraf sambil mengeluarkan baju sejuknya dari beg plastic yang baru Blue pulangkan kepadanya terus di sarungkan di tubuh Blue yang masih terpinga-pinga. “So, I just wanna to say, I love you, NorAyana Maisara,” ucapnya memandang tepat mata biru itu.
Mata bertentangan mata. Sepasang mata biru memandang tepat sepasang anak mata berwarna hijau milik Ashraf. Tiba-tiba dia rasa jantungnya seolah-olah berhenti berdenyut apabila Ashraf meluahkan perasaan kepadanya. Sukar hendak dia percaya bahawa Ashraf meluahkan perasaan. Ashraf sukakan dia? Malah sebut nama sebenarnya?
“Kau… kau tahu nama…”
“Aku tahu segala-galanya tentang kau, NorAyana Maisara.”
Entah kenapa perasaannya sebak sangat. Ini adalah kali pertama orang luar memanggilnya dengan nama penuhnya. Dan orang itu adalah Roswell. Malah Hafiz pun tak pernah memanggilnya dengan nama penuhnya tapi Roswell…
“Roswell…”
“Tahniah sebab dapat cari cinta kau kembali. Jangan risau aku takkan ganggu kau lagi. Aku kena pergi sekarang. Esok aku akan bertolak ke New York,” dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah MP3. Earphone yang bersambung dengan MP3 tersebut di letak di kedua-dua telinga Blue yang masih lagi terkejut dengan pemberian pelik dari Ashraf. “Aku tak nak paksa kau tapi sebenarnya aku juga tak mahu kalah. Walauapapun semua keputusan berada ditangan kau. Sama ada kau sukakan aku atau tidak, aku tetap sukakan kau. Selamat tinggal. Aku pergi dulu,” ujarnya sebelum menekan butang ON pada MP3 tersebut dan dia segera berlalu dari situ.
Belum sempat Blue hendak berkata sesuatu, kedengaran satu music di telinganya. Music yang pernah popular satu ketika dulu. Orang kata music tu dah lapuk tapi…
An empty street
Oh yeah
I tried to read
Oh no
And all my love
So I say it in a breath
Kata-kata Roswell tadi masih lagi segar di benaknya.
To hold you in my arms
So …So I say it in a breath
Ashraf yang sedang membuka pintu kereta Kak Mira berpaling apabila Blue menjerit memanggilnya. Dia tersenyum.
“So, kalau kau jerit memanggil aku itu bermakna kau sukakan aku,” kedengaran suara Ashraf di corong telinganya setelah lagu My Love dendangan Westlife habis berkumandang. Blue tersenyum kelucuan memandang Ashraf. “Dan, kalau kau senyum itu bermakna aku dah berjaya pikat kau,” ujar suara yang telah di rakam oleh Ashraf terlebih dahulu kedengaran di telinganya lagi. Tiba-tiba air matanya mengalir. Tak tahulah bagaimana hendak gambarkan perasaannya pada ketika itu. Sedih kerana Ashraf hendak pergi meninggalkan dia. Gembira sebab akhirnya dia berjaya temui cinta sejatinya.
Ashraf mengangkat tangan memberi isyarat kepadanya sebelum berlalu masuk ke dalam kereta. Kereta yang dipandu oleh Kak Mira meluncur laju meninggalkan kawasan pantai. Blue tersenyum lebar sambil mengesat air matanya. 99 hari bersama Roswell. 99 hari dengan kisah cintanya dengan Roswell. Dan akhirnya pada hari ke 99, dia menemui cinta sejatinya… dengan makhluk asing bermata hijau dari Roswell. Ashraf Danish.
“I Love You, Roswell,” hari itu dia menolak ke tepi egonya dan membebaskan perasaannya yang selama ini dalam diam tersimpan untuk Ashraf Danish. Dan pada masa itu Blue dapat rasakan hilang satu beban yang dipikulnya selama ini. Beban dimana dia menafikan perasaan cintanya. Blue menghela nafas lega…
“Semoga kita berjumpa lagi,” ujarnya sambil mengesat air matanya yang masih tidak terhenti mengalir. “And by the way, jangan menangis sebab aku hanya pergi buat sementara sajalah. Actually, Kak Maria nak berkahwin kat New York, selepas perkahwinan Kak Maria, aku akan balik semula…” kedengaran suara Roswell ketawa terbahak-bahak di telinganya. Dengan muka merah padan, dia mencabut earphone dari telinganya dan menjerit sekuat hati.
ROSWELL!!!
Di dalam kereta, Ashraf ketawa terbahak-bahak…
Tulah, siapa suruh EGO lagi… kan dah kena…. Terima kasih kepada Kak Mira dan Puan Hamidah kerana pandai berlakon… tanpa anda siapalah saya…
Dia tersenyum sambil menyanyikan lagu My Love yang pernah dipopularkan oleh Weslife satu ketika dulu.
And all my love
We’re holding on forever
To see you once again MY LOVE
yess!!! aku org 1st yg komen..hehe.
best sgt2 citer nih..tiap kali aku bc ja mesti aku gelak sorang2.hikhik..congrats kat ratu bulan coz dpt wat novel cmnih.. pasni jgn lupa wat citer len plak..=)