Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 10, 2008

21: MISS ME?

Daun pintu rumah bernombor 99 diketuk sekali. Natasya tersenyum manis memandang bekas makanan yang berisi sarapan pagi yang telah dibuatnya. Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan menyediakan bubur nasi kegemaran Ashraf. Tiada jawapan. Daun pintu diketuk lagi sebanyak beberapa kali tetapi masih lagi tiada jawapan. Pintu langsung tidak terkuak. Berkunci. Begitu juga dengan tingkap yang masih tertutup rapat. Dia memandang sekeliling. Kereta Kak Aliya tiada di perkarangan rumah tersebut. Keadaan rumah yang sunyi menandakan seperti tiada sesiapa di rumah itu. “Hisy, kenapa pula diorang pergi?” Natasya merungut bengang. Penat dia bangun pagi-pagi buta sediakan sarapan pagi semata-mata untuk Ashraf tapi Ashraf pula tidak kelihatan. Mustahil Ashraf cuba melarikan diri daripadanya sebab selama ini Ashraf melayannya dengan baik. Begitu juga dengan Kak Aliya. Walaupun Kak Aliya begitu peramah sekali sehinggakan dia tidak tahan menjawab soalan demi soalan yang diajukan oleh Kak Aliya. Dan kadan...