2: Persahabatan Natasya terjaga daripada lenanya apabila terdengar sesuatu. Dia memandang sekeliling biliknya. Hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu. Lantas dia mencapai handsetnya untuk melihat jam. Pukul 4.30 pagi. Satu keluhan dilepaskan. Kalau diikutkan dia masih lagi mengantuk, tetapi apabila dia mendengar lagi bunyi yang sama di dapurnya, dia mengerah tenaga yang ada dengan bangun keluar dari biliknya. Keluar sahaja dari biliknya, dia dapat melihat cahaya lampu di bahagian dapur rumahnya seiring dengan suara manusia sedang bercakap. “ Apa yang kau orang buat pagi-pagi buta ni?” tanya Natasya apabila melihat kelibat Arissa bersama Fazira di dapur.