Kata Hikayat, Take the first step in faith. You don’t have to see the whole staircase, just take the first step – Martin Luther King Jr. Sepanjang dia berjalan dari tempat letak kereta ke dewan kuliah yang hanya beberapa meter, dia merasakan pelajar-pelajar yang bertembung dengannya berbisik sesuatu dan kemudian ketawa memandangnya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan perkara pelik yang berlaku di sekelilingnya sejak pagi tadi tapi selepas menyedari mereka semua sedang memperkatakannya, dia mula tidak sedap hati. “…gay…,” itu yang sempat telinganya menangkap perbualan salah seorang dari mereka. Namun, dia tidak melatah. Apalah sangat dengan khabar angin murah seperti itu. Baginya, dia tidak kisah jika mereka menuduhnya seorang gay. Ini lagi senang untuk menghindarkan diri dari perempuan-perempuan yang cuba mendampinginya disebabkan statusnya. Ah, dia sudah rimas dengan semua itu. “…baby boy…,” dia berhenti melangkah sebaik menangkap lagi perbualan seterusnya. Satu jelingan t...