Pintu bilik M330 berdegang lagi. Kali ini bukan ditiup angin tapi dilakukan oleh gerila yang sedang naik marah. Lantak! Aku tak perduli. Asalkan aku dapat menyampaikan maklumat yang betul kepada dua orang roommate aku. Aku, Alisa sedang mengamuk dan pintu bilik tadi sebagai bukti bahawa amukkan aku di tahap maksima. “Aku perlukan hobi!” katanya dengan sambil duduk mengadap mereka berdua yang sedang meratah biskut Jacob. Ku ambil sekeping biskut Jacob yang sudah menjadi teman hidupku sejak menggelarkan diri sebagai mahasiswa universiti. Walaupun pada mulanya aku dengan biskut Jacob bagaikan musuh tapi di universiti ini aku perlu mengakui bahawa biskut Jacob adalah teman baik aku ketika aku lapar. Terutama sekali bila malam menjelma. Hanya yang pelajar yang tinggal di hostel sahaja yang memahami nasib seperti aku. “Kenapa pula ni?” Jaja bertanya cuba mengorek rahsia dariku. “Aku perlukan hobi!” kataku lagi. Biskut Jacob aku ratah dengan lahap. Orang kata kalau kita tengah marah boleh mem...