Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2008

20:NEVER SAY GOODBYE

“APA?! DATING?! DENGAN ROSWELL?!” Berdesing juga telinganya apabila Dahlila dan Sakinah serentak bertanyakan soalan itu lagi. Hendak saja dia hentak kepala mereka berdua. Orang dah kata, kalau terkejut tu buat la cara yang sopan dan bukannya terkejut macam terlihat makhluk asing turun ke bumi je. “Wei, slow la sikit,” ujarnya cuba mententeramkan kedua kawannya itu. Kalau tidak ditenteramkan mereka alamatnya habis bergegarlah sekolahnya nanti. Gosip panas! “Hisy, kan aku dah kata tarik nafas dalam dalam baru bukak telinga apa yang aku nak cakap ni. Hah, itulah padahnya, tu nasib baiklah tak terkena heart attack. Kalau terkena heart attack aku juga yang susah sebab kehilangan kawan-kawan yang tak sama hati dan jiwa ini,” ujar Blue separuh melawak. Dahlila dan Sakinah saling berpandangan. Otak masing-masing sudah beku untuk berfikir lagi. Mula-mula berang dengan Hafiz, lepas tu kata nak lupakan perasaannya pada Hafiz dan kali ini pula nak pergi dating dengan Roswell?! Apa dah gilakah kaw...