Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 23, 2015

Romeo yang Hilang: Bab 13

Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina menerima kejutan. Satu kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Hampir satu setengah bulan dia terpaksa tinggalkan Arena itu seketika dan apabila kembali bekerja semula bagaikan satu hadiah diterimanya. Seorang gadis yang solekkannya macam opera Cina sudah menunggu di ruang menunggu pejabatnya. Dia kenal sangat-sangat dengan gadis itu. Malah, namanya juga dia ingat lagi. Rohana. Cuma yang buat dia tidak faham, mimpi apa pula yang menyebabkan gadis itu ada di pejabatnya. Lantas dia bertanyakan hal itu.