Kata Hikayat, Memori adalah kenangan abadi, tidak kira ianya memori pahit atau pun manis ia tetap menjadi petunjuk bagi seseorang untuk melangkah maju pada masa hadapan. Tapi ada kalanya memori akan membunuh kejayaan seseorang untuk maju ke hadapan. Apy Elina melangkah masuk ke dalam sebuah bilik setelah mengekori seorang pembantu rumah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam villa mewah milik Daniel. Dia tergamam apabila melihat saiz bilik tersebut dua kali ganda dari keluasan biliknya dan lagi mengejutkan terdapat gambar-gambarnya menghiasi dinding bilik tersebut. Bukan setakat di dinding, malah ada yang di framekan dan diletak di atas almari hitam. Dia cuba mengamati setiap gambar-gambarnya dan ada diantara gambar-gambarnya itu di tangkap curi oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Daniel yang suka menangkap gambar dengan kamera yang selalu diusung sana sini. Entah bila Daniel menangkap gambar-gambar tersebut dia pun tidak pasti tapi nasib baiklah kesemua yang Daniel tan...