Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2013

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 11

“ Kenapa pulak ni?” tanya Fazira kepada Arissa yang menyembam muka di meja makan. Arissa mengangkat kepala lalu memandang Fazira yang baru sahaja pulang dari menghadiri aktiviti sukan di sekolah. Terkejut Fazira melihat keadaan Arissa yang bagaikan tidak terurus itu. Rambut Arissa dilihat berserabai seperti sudah beberapa hari tidak bersikat. Pelik. Pagi tadi punyalah seronok tapi petang ini Arissa berubah jadi orang lain. “ Fazira...,” gumam Arissa. “ Apa dah berlaku ni?” tanya Fazira kerisauan. “ Nazwan...,” ujar Arissa. Dia tidak tahu bagaimana hendak beritahu Fazira, sebaliknya memberikan sehelai kertas kepada Fazira. “ Kertas apa ni?” tanya Fazira yang tidak faham apa yang dibacanya. Dia yakin, tulisan dalam kertas itu bukan tulisan Kak Arissa tapi tulisan seseorang. Dia tidak pernah melihat tulisan Nazwan, jadi dia tidak dapat meneka sama ada itu tulisan Nazwan atau tidak.