Pesan Hikayat, Yang cemburu itu cinta. Yang bercinta itu wajib cemburu. PAGI itu, selepas isterinya keluar atas urusan kerja, Adam menerima tetamu yang tidak dijangka. Wawa, rakan yang sudah lama dia tidak dengar khabar tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumahnya. Kali terakhir dia berjumpa dengan Wawa ketika majlis perkahwinannya dua tahun yang lalu. Selepas berkahwin, dia sibuk dengan keluarga dan kerja manakala Wawa pula sibuk dengan sambung belajar di luar negara. “ Bercuti?” tanya Wawa apabila terlihat beberapa buah beg diletak di tepi pintu.