Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 6, 2015

Romeo yang Hilang: Bab 22

DARINA melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Lalu dia menyambung langkah mendapatkan keretanya yang di parking di basemen itu. Tatkala dia menghampiri keretanya, dia terdengar beberapa detap kasut semakin lama semakin menghampirinya. Satu keluhan dilepaskan. Serentak dengan itu dia berpaling ke belakang. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian segak, berkod hitam dan bertali leher berdiri di hadapannya. “ Bos korang nak jumpa?” Darina membuka mulut sebelum mereka berdua bersuara. Salah seorang daripada mereka laju memberikan reaksi dengan mengangguk. Dalam masa yang sama Darina terpandang sebuah kereta yang di parking tidak jauh dari keretanya. Tanpa buang masa dia segera mengorak langkah menghampiri kereta itu.