Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 28, 2011

TKC: BAB 4, 5

BAB 4 “Perempuan hodoh! Sudahlah hodoh, miskin pula tu!” Herdik seorang budak lelaki kepada seorang budak perempuan di tengah-tengah orang ramai. Sakinah yang pada ketika itu berusia 8 tahun sekadar menunduk kepalanya memandang lantai dan langsung tidak berani bertentang mata dengan budak lelaki di hadapannya itu. “Kau ingat aku sukakan perempuan hodoh macam kau? Hodoh macam gergasi! Jangan haraplah aku sukakan kau,” tambah budak lelaki itu lagi. Sakinah tidak mampu melawan. Semuanya salahnya. Kalaulah dia bertindak bijak sikit, pasti dia tidak akan dimalukan sebegitu. Niatnya ingin menolong seorang rakan yang memintanya memberikan surat cinta kepada seorang murid lelaki yang paling popular dan handsome di sekolahnya itu. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia memberi surat cinta itu kepada murid lelaki itu, tetapi selepas surat itu dibaca, murid lelaki itu memaki hamunnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Kemudian, barulah dia menyedari bahawa rakannya itu sengaja ingin men...