BAB 6 Nur Sakinah melangkah masuk ke dalam villa yang dikemasnya beberapa hari yang lalu selepas mendapat tahu Tuan Mudanya akan kembali menetap di Malaysia. Nasib baiklah dia sempat mengemas villa itu sebelum Tuan Muda sampai, jika tidak, pasti ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hatinya dari Tuan Mudanya. Termengah-mengah Sakinah membawa bagasi Tuan Mudanya naik ke bilik tidur Tuan Mudanya itu. Dalam hati, dia menyumpah-yumpah Tuan Mudanya yang langsung tidak pernah berubah apatah lagi berhenti membulinya. Ingatkan jika sudah besar menjadi orang dewasa, Tuan Mudanya akan menjadi lebih matang seperti orang dewasa yang lain, tetapi nampaknya tetap sama seperti dahulu. Namun, dia tetap bersyukur kerana Tuan Mudanya tetap melayannya seperti sebelum kejadian yang menghayat hati itu berlaku. Walaupun dahulu Sakinah selalu dibuli oleh Zaquan, tetapi dia tidak dapat melupakan cara Zaquan melayannya selepas kemalangan yang meragut dua nyawa itu berlaku. Zaquan memandangnya seperti ...