“Kenapa aku tulis lirik Cinta Pepohon Cemara? Hisy, tak de soalan lain ke dia nak tanya? Kenapa soalan ni pulak dia nak tanya? Malu betul! Takkanlah dia tak tahu yang perempuan ni memang suka tulis surat cinta yang jiwang-jiwang dan bila sudah tiada idea akan tulis lirik-lirik lagu cinta yang menjadi lagu tema cerita cinta,” bebel Nurul seorang diri sambil berjalan pantas untuk pulang ke rumahnya setelah habis berbual bicara dengan Hazwan. “Kak Nurul,” panggil satu suara sebaik sahaja dia membelok ke kiri jalan. Seorang pelajar perempuan sekolahnya menghampirinya. Normaya, adalah salah seorang pelajar perempuan yang selalu mendapat perhatian semua orang di sekolah tidak kira lelaki ataupun perempuan, guru ataupun pekerja kantin. Orangnya memang cantik. Ayu. Berkulit putih melepak walaupun dia tidak menggunakan bedak yang tebal. Memiliki sepasang mata yang cantik. Pendek kata orangnya memang cantik. “Maaf sebab menganggu Kak Nurul,” ujarnya dengan suara lembut. Memang padan denga...