“Hah, selesanya. Memang betullah kata orang, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya dan hikmah di sebalik tercium lumpur adalah mandi di sauna dengan free of charge!” Apy Elina bersorak gembira sambil menggosok-gosok tubuhnya dengan span yang turut disediakan oleh pekerja sauna tadi. Air sauna yang suam-suam panas membuatkan badannya kembali bertenaga. Mana tidaknya, sudah lama dia ingin mandi ditempat yang sebegitu. Selama ini dia terpaksa memasak beberapa cerek air jika ingin mandian panas di sebuah kolam sauna seperti itu dan hari ini dia dapat merasai mandian sauna yang menyeronokkan. Sambil dia bermandi manda, sambil itulah dia menyanyikan lagu yang tidak serupa lagu bagi sesiapa yang mendengarnya. Mujurlah tiada seseorang pun yang turut berada di situ, jika tidak, mahunya mereka lari kerana mendengar suaranya yang ‘merdu’ itu.
Diluar, Hazrul yang duduk di bangku yang disediakan sejak sejam tadi asyik memerhati jam ditangannya. Sekali-sekala dia akan menje...