Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2015

Romeo yang Hilang: Bab 6 & Bab 7

PAGI itu agak berbeza berbanding dengan hari-hari biasa apabila dia dikejutkan dengan bunyi kicauan burung dan kokokkan ayam yang tidak henti-henti sejak awal pagi tadi. Bagaikan burung dan ayam-ayam tidak cemburu apabila dia dapat tidur dengan nyenyak. Sedar-sedar sahaja dia mendapati tiada orang di sisinya. Lantas dia mencapai jam tangannya yang diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya memandangkan jam yang tergantung di dinding dalam bilik itu sudah bertahun-tahun lamanya tidak beroperasi. Merajuk kata emaknya, sebab tuannya sudah jarang balik ke rumah itu. Padahal dia tahu sangat yang emaknya sedang memerlinya yang sudah lama tidak jejak kaki ke tanah kelahirannya itu.