BERUSAHA!! Sejak dari tadi dia asyik merenung satu perkataan yang tertulis di atas bola keranjang yang dipegangnya. Satu senyuman terukir tanpa di sedarinya. Pelbagai kenangan yang datang menerjah ke kotak fikirannya dan diantaranya adalah waktu pertama kali dia menjaringkan bola keranjang ke dalam basket dalam perlawanan pertama dan pasukannya mendapat kemenangan bergaya. Dan sejak itu juga namanya menjadi sebutan di antara pemain yang berpotensi tinggi untuk melangkah jauh lagi. Bagi menguatkan lagi semangatnya dalam sukan bola keranjang, Diana telah menghadiahkan sebiji bola keranjang yang sudah tertulis kata-kata semangat di atasnya. Itulah bola yang dipegangnya setiap hari. Dan kerana bola itulah dia boleh bertahan sehingga sekarang. Jika tiada bola itu, mungkin minatnya dalam sukan itu akan turut pudar seperti tuan yang memberinya. Secawan air kopi di letak di atas meja di hadapannya membuatkan Alex tersedar dari lamunannya. Dia mendongak memandang seorang wanita yang ...