Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 19, 2013

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 8

“ Asalamualaikum dan selamat pagi Mama Tifa,” ucap Arissa sebaik sahaja Puan Latifah membuka pintu rumahnya itu. “ Waalaikum salam. Arissa, ingatkan siapa tadi,” sapa Puan Latifah. Awal-awal pagi lagi ketika dia sedang menyediakan sarapan yang menjadi rutin hariannya setiap pagi, loceng rumahnya ditekan seseorang. Terkejut juga dia dengan kehadiran Arissa yang selama ini tidak pernah muncul di pintu rumahnya awal-awal pagi. “ Boleh saya masuk?” tanya Arissa mesra. “ Maaf, jemputlah masuk. Mama Tifa tengah sediakan sarapan, kejap lagi kita makan sama-sama,” pelawa Puan Latifah yang kembali menutup pintu hadapannya setelah Arissa melangkah masuk.