10: UGUTAN Pintu bilik tandas di kedengaran ditutup dengan kasar. Asraf yang sedang membasuh tangan di sink, terpandang Hafiz di dalam cermin di hadapannya. “Kau nak rogol aku ke?” tanya Asraf separuh memerli. Memang hubungannya dengan Hafiz tidak beberapa baik sejak dia memasuki sekolah itu lagi. Tak tahulah. Dia pun pelik kenapa Hafiz selalu hendak cari gaduh dengannya. Mahu kata dia lebih handsome dari Hafiz… emm… memang pun dia lagi handsome dari Hafiz. Hafiz tu perasan macho saja. Tapi setahunya, dia tidak pernah kacau periuk nasi Hafiz kecuali, sejak kedatangannya ke sekolah itu, peminat Hafiz semakin berkurangan dan beralih padanya walaupun dia sudah tampal besar-besar perkataan ANTI PEREMPUAN di pintu hatinya. “Aku nak kau jauhkan diri dari Blue,” kata Hafiz separuh mengugut. Memang ugut pun. Tapi, susah juga dia hendak percaya apa yang Hafiz katakan itu. ‘Jauhkan diri dari Blue?’ Asraf tersenyum. Nampak sangat yang Hafiz masih tidak dapat lupakan Blue. Kalau tidak, tak mungkin...