Bahagian 2 “Nak bunuh diri lagi ke?” tanya Izwan kepada Mellissa yang sejak tadi asyik ke hulu ke hilir mencari sesuatu. Apabila langkah Mellissa melepasi garisan kuning di platform tersebut, barulah dia berani menegur gadis kacukan cina melayu itu. “Hah?!” Mellissa sedikit terkejut dengan sapaan Izwan mengurut dadanya. Sebaik sahaja menyedari lelaki yang menegurnya itu adalah Izwan, satu senyuman terukir di bibirnya. “Awak ni, buat orang terkejut saja. Mana ada nak bunuh diri. Saya cari seseorang.” “Cari seseorang? Di atas landansan?” tanya Izwan dengan nada menyindir. Mellissa mengangguk walaupun dia tahu Izwan sedang menyindirnya. “Jadi, jumpa tak orang yang awak nak cari tu di landasan?” Mellissa mengangguk lagi dengan senyuman. “Awaklah!” “Saya?” “Ya,” jawab Mellissa bersungguh-sungguh. Serentak dengan itu, sebuah train berhenti dihadapan mereka. Pintu train dibuka. Mellissa pantas menarik tangan Izwan masuk ke dalam train berkenaan. “Hari ni teman saya, ye?” ...