Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 21, 2008

4: SURAT CINTA

“Gila betullah kereta tu, nak bunuh orang ke,” ujar Farizat yang masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Dia melihat wajah Nurul yang masih lagi pucat barangkali masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Nasib baiklah Fiq bertindak dengan cepat menyelamatkan Nurul kalau tidak mereka pasti akan kehilangan seorang pengurus untuk Kelab Bola Sepak. “Nah minum dulu,” segelas air kosong diberikan kepada Nurul oleh Fiq. “Terima kasih,” ujar Nurul yang berasa selesa sedikit. “Dan terima kasih sebab selamatkan aku, kalau kau tiada tak tahulah keadaan aku nanti.” “Nak buat report polis ke?” tanya Rezza. “Sudahlah hampir langgar orang lepas tu tak berhenti minta maaf pula tu.” “Rasanya tak payah sebab aku sendiri yang cuai,” namun dia rasa ini bukannya kecuaiannya tapi sebab sumpahan tu. Mungkin sumpahan tu betul. Mustahil cubaannya adalah satu kebetulan dan kalau kebetulan takkanlah sampai dua kali dia hampir di langgar. Atau mungkin… Nurul memandang tepat wajah Fiq di sebelahnya. Mungkinkah ...

3: PERMULAAN YANG BAIK

SOFEA tidak berhenti ketawa terbahak-bahak selepas Nurul menceritakan pengalamannya di temu duga oleh Kelab Bola Sepak untuk jawatan Pengurus petang tadi. Itupun setelah tidak tahan di desak oleh Sofea yang ingin mengetahui apa yang berlaku di sebalik pemilihan Nurul sebagai Pengurus. Selepas saja dia menceritakan segalanya, Sofea sudah tidak dapat menahan gelaknya, ketawa dengan kuatnya. Kalah puntianak yang selalu bertenggek di pohon pokok rambutan di belakang rumahnya itu. Serta merta letak jawatan tak mahu mengilai lagi sebab kecewa ada lagi yang pandai mengilai. Nurul dari tadi menjeling tajam. Masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dia masih tidak dapat mencari alasan sebenar kenapa dia dipilih sebagai pengurus sedangkan dia rasa dia tidak membuat betul-betul tadi. Ah, mereka pun satu. Ada ke bagi ujian suruh kejutkan budak lelaki tu bangun tidur? Tak pasal-pasal ayunya hilang dengan menghadiahkan satu tumbukan padu di pipi pelajar lelaki yang kurang dikenalinya...