Tepat jam dua petang Nurul sudah tercegat di bus stop depan sekolah seperti yang diberitahu oleh Nazrul semasa waktu rehat tadi. Sekali-sekala dia merenung jam di tangannya. Namun, kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan lagi. Janji jam dua petang tapi sekarang sudah lebih lima minit. Walaupun lima minit tapi ianya berharga. Sudahlah malam tadi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak gara-gara asyik memikirkan hubungan Fiq dengan gadis misteri yang setia menunggu di pintu pagar sekolah semalam. Kalau itu teman wanita Fiq… “Hoi mak cik,” tersentap jantungnya dengan sapaan Nazrul yang entah bila berdiri di sebelahnya. “Hidup lagi rupanya, aku ingat dah mati,” ujarnya selamba. Nurul memandang tajam Nazrul di hadapannya itu. Ini macam nak suruh dia mulakan perang dunia ke-3 saja. Sudahlah dia bengang sesangat semalam apabila dapat tahu Nazrul adalah dalang segala dalang dengan meletakkan surat cinta dalam almari Hayrul. Tak pasal-pasal Hayrul pengsan satu hari dan esoknya angau mencari sura...