(Bahagian 1) Izwan hanya menggeleng perlahan apabila melihat Alex sudah terlelap di hadapan televisyen sebaik sahaja dia pulang dari bekerja sebagai pekerja part time di sebuah kedai 7 Eleven berhampiran dengan kawasan rumah sewanya itu. Nampaknya hubungan Alex dengan mamanya masih tidak reda lagi. Selalunya jika kawannya itu bergaduh dengan mamanya, Alex pasti akan melarikan diri dengan merempat di rumah sewanya. Tapi sejak akhir-akhir ini Alex kerap sangat datang bermalam di rumahnya. Jika ditanya mengapa dia tidak pulang ke rumah, kawannya itu hanya membisu seribu bahasa. Jika Alex sudah membisu, dia tidak akan bertanya lagi kerana dia tahu Alex tidak akan bercakap tentangnya. Televisyen yang terpasang sejak tadi, ditutupnya. Dia kemudiannya berlalu ke dapur untuk melegakan tekaknya yang haus sebelum berlalu ke bilik mengambil selimut tebal untuk Alex. Alex memang lebih gemar tidur di ruang tamu berbanding di dalam bilik jika bermalam di rumahnya. Dia sendiri tidak tahu ...