Aku mungkin bukan seorang kawan yang baik kerana selalu mengambil hatinya walaupun sebenarnya hati aku menyumpah-nyumpahnya dengan geram. Walaupun aku ingin cakap sahaja dengan Jaja apa yang aku rasa tapi disebabkan aku tak ingin mencetuskan peperangan, aku lebih suka ambil keputusan berdiam diri. “So?” tanya aku langsung tidak berminat hendak mendengar cerita Jaja. “Tak adalah, aku cuma pelik saja kenapa dia asyik pesan air yang sama. Tapi cute pula bila dia kata macam tu,” Jaja tersengih seorang diri seperti orang angau sedang bercinta dengan bangau walaupun pada hakikatnya Lokman memiliki sepasang gigi arnab. “Cute?” aku hampir nak tergelak tapi demi menjaga hati Jaja, aku menahan tawa. Kalau aku tak mampu hendak menahannya, aku akan minta diri sekejap dan pulang ke bilik dan gelak sepuas-puasnya sambil terbayang wajah cute Lokman yang mengatakan dia tidak boleh minum air yang bersusu. “Yelah, kau tak tengok wajah dia tadi bila aku suruh dia minum air teh ais aku. Comelnya!” Jaja me...