APY
ELINA menguap kepenatan. Dia bukan sahaja penat tapi mengantuk
juga. Semuanya gara-gara tengok wayang bersama dengan suaminya malam
tadi. Taubat dibuatnya. Selepas ini dia tidak akan mengajak atau
memaksa suaminya tengok wayang lagi. Mana tidaknya, orang lain hanya
tengok satu filem, mereka pula menonton beberapa filem sepanjang
malam.
Akibatnya,
bangun pagi dia terasa dunianya berpusing 180 darjah. Tidur pun hanya
dua jam. Tapi yang pelik, suaminya langsung tidak mengantuk. Malah
segar seperti biasa.
“Taubat.
Lain kali saya tak nak ajak awak tengok wayang lagi. Orang tengok
wayang satu filem saja tapi dia pergi bantai empat filem sekali gus.
Sekarang, padan muka saya!” rungutnya dalam mamai.
“Hisy,
korang berdua ni memang jakun betul tengok wayang ke?” Mellissa
yang sedang menuang air kopi mencelah.
“Kak,
kami bukan jakun. Ini silap panggung wayang tu juga yang tayang filem
sampai ke pagi tak henti-henti,” jawab Adam.
“Betul!”
sokong Apy Elina.
“Yang
kamu berdua pergi tengok lagi tu apasal?” Mellissa pula geram.
“Lepas tu tengok tak ajak akak. Hah, sekarang tanggung sendiri.”
“Kenapa
nak ajak Kak Mel pula?” tanya Adam hairan.
“Betul.
Kami pergi sebagai suami isteri yang belum pernah tengok wayang
bersama,” kata Apy Elina sambil memaut lengan suaminya.
“Eee…
menyampah pula akak tengok! Lebih baik akak sambung tidur balik!”
ujar Mellissa sebelum mengangkat kaki berlalu dari situ.
“Mak
cik, kalau tak larat rehat sajalah di rumah,” ujar Adam kerisauan.
“Memang
tak larat tapi hari ni pasukan bola keranjang kebangsaan akan adakan
latihan di Arena. Jadi sebagai penasihat saya kena ada di sana untuk
tengok prestasi mereka,” jawab Apy Elina. Kalau diikutkan hati
memang dia hendak sambung tidur sampai ke petang.
“Training
pukul berapa?” tanya Adam.
“3.00
petang.”
“Izwan
join sekali?”
Apy Elina
mengangguk.
“Kalau
macam tu, rehat saja di rumah dulu. Kalau nak pergi nanti, pergi
sekali dengan Izwan.”
“Hah?
Awak benarkan saya pergi dengan Izwan?” matanya yang mengantuk tadi
terus jadi segar.
“Kenapa?”
“Awak
tak cemburu ke?”
“Yang
akan cemburu nanti, mak cik kat atas tu…”
Apy Elina
tersengih-sengih. Lupa pula Mellissa memang ada hati dengan Izwan
tapi hubungan mereka agak pelik. Tak tahu apa sebabnya. Masing-masing
ada perasaan antara satu sama lain tapi payah benar nak luahkan.
“Izwan
masih tak mulakan langkah lagi ke?” dia memulakan mukadimah.
“Payah…”
“Kenapa
pula? Bukan ke dia orang berdua suka sama suka? Kenapa payah sangat
nak luahkan perasaan?”
“Kak Mel
masih lagi takut dengan bayangan sendiri. Dia takut kalau Izwan dekat
dengan dia, nyawa Izwan akan terancam. Faham-faham sajalah selepas
apa yang dah berlaku dengan keluarga kami sebelum ini. Tambahan pula
Kak Mel memang pernah kehilangan suami disebabkan musuh keluarga
juga,” jelas Adam.
Apy Elina
mengangguk. Barulah dia faham. Kesian juga dengan Mellissa. Di
sebalik senyumannya, tersimpan seribu rahsia yang tidak diketahui
orang. Patutlah apabila dia bersetuju dengan lamaran Adam dulu, mama
pernah terangkan tentang keluarga Alexander yang ramai musuh. Setiap
hari mereka hidup dengan penuh berhati-hati.
Baginya,
walaupun kata-kata mama begitu menakutkan tetapi itu tidak sedikitkan
pun menjatuhkan semangatnya untuk hidup bersama Adam. Dia percaya,
jika mereka saling lindung melindungi, tak kira bencana apa pun yang
mendatang, mereka tentu dapat melawannya.
“Mmm…
saya fikir, kalau awak masih lagi pewaris keluarga Alexander, awak
akan melamar saya ke? Dan kalau awak tetap melamar saya dan saya
terima, ini bermakna saya akan jadi isteri kepada ketua kongsi gelap?
Macam manalah kehidupan saya selepas itu ya…” ujar Apy Elina
sambil cuba membayangkan dirinya berjalan di tengah-tengah kapet
merah dengan kiri dan kanannya dikerumuni oleh lelaki-lelaki berbadan
besar dan berpewatakan samseng. Kemudian, mereka semua tunduk hormat
ke arahnya.
“Waktu
tu semua orang takut dengan Apy Elina!”
“Dan
ramai musuh juga,” balas Adam sambil menongkat dagu. Dia tahu
sangat apa yang dibayangkan oleh isterinya itu.
“Err…
itu memang menakutkan,” sokongnya. “Apa pun saya bersyukur sebab
awak bukan pewaris Alexander lagi dan dah jadi bantal peluk saya
selama-lamanya.”
“Bantal
peluk?” Serentak dengan itu, lengannya dipeluk oleh isterinya. Baru
beberapa saat, isterinya telah tertidur di bahunya. “Mak cik ni…”

alahai apy ni.. sgt unik ok cara dorg bermanja hehe
BalasPadamMmg comel psgan nie..
BalasPadamcomel!
BalasPadamAlahai..so sweet dorg ni,kak nape??pendek sgt bab ni,xpuas btol,hehehe...
BalasPadam(Fara)
best 3x.
BalasPadammmg comel. takpe pendek2 asal hari2 ada.hahaha, perangai comel ni jadi ubat stress saya n kata hikayat, ayat yang boleh buat sy muhasabah diri, cari kekuatan ,motivasi diri. terima kasih RB.
BalasPadamsekarang ni sy dah tak pilih buku stress yg byk tekanan cthnya novel siti rosmizah, lagi stress jadinya kalau sy baca sebab byk sedih n derita. hehe.(bukan kutuk, cuma nyatakan yang novel stress mcm tu xsesuai dah untuk sy yang kerja dlm tekanan.)