Seseorang untuk Dinikahi: Bab 9
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Khamis, Mac 21, 2013
“Dahlah
tu. Jangan pandang aku sampai macam tu,” kata Nazwan kepada Luqman
yang dari tadi asyik memandangnya dengan tajam. “Aku dah ceritakan
semuanya dekat kau. Tak ada tokok tambah,” tambah Nazwan.
Jejak
sahaja kaki ke dalam rumah dari pulang makan bersama Arissa tadi,
Luqman sudah tercegat dekat depan pintu. Lantas ditariknya masuk ke
dalam bilik dan disoal seperti penjenayah. Macam-macam Luqman menyoal
dan kesemua soalan berkaitan dengan Arissa.
Nak
tak nak, dia terpaksa bercerita dari awal apa yang berlaku di
sepanjang mereka di Teluk Batik. Dari dia memandu ke sana sehinggalah
dia menyelamatkan Arissa daripada sekumpulan lelaki mabuk. Dengar
sahaja bahagian itu, Luqman terus menepuk dahi.
“Kenapa
kau selamatkan dia? Tak boleh ke kalau tak jadi hero?” tanya
Luqman.
“Kalau
aku tak selamatkan dia siapa lagi? Aku datang dengan dia, jadi aku
patut jaga dia. Lagipun, papa Arissa dah telefon aku petang tu supaya
jaga Arissa. Nak tak nak, aku terpaksa pikul tanggungjawab tu,”
terang Nazwan.
Sekali
lagi Luqman mengeluh.
“Kau
tahu tak apa yang dah berlaku sekarang?” tanya Luqman serius.
“Ada
apa-apa yang dah berlaku ke?” tanya Nazwan kembali.
Luqman
mendengus marah.
“Cuba
kau fikir, awal-awal pagi dia datang ke rumah ni yang mana dia tak
pernah masuk ke rumah kita awal-awal pagi. Plus, dia bawakan kau
donut, makanan kegemaran kau. Lepas tu dia siap tuang air untuk kau.
Lepas tu, dia cakap kau sangat comel dan kelakar. Aku masih lagi geli
part tu,” terang Luqman.
“Jadi?”
tanya Nazwan yang masih tidak boleh mengagak.
“Jadi?”
ulang Luqman semula. “Kau boleh kata 'jadi'?”
“Habis
tu? Aku tak faham,” balas Nazwan dengan muka tidak bersalah
langsung.
“Apa
yang dah kena dengan kau ni? Takkan kau dah terkena sihir Arissa?”
Luqman bagaikan mati kutu dengan sikap Nazwan yang acuh tidak acuh
itu. “Dia sekarang dah lancarkan misi memikat kau, kau tahu tak?”
“Ohhh!”
jawab Nazwan sambil mengangguk faham. “Jadi, apa masalahnya?”
tanya Nazwan yang langsung tidak terkejut dengan apa yang diberitahu
Luqman tadi.
“Kau
tak terkejut?” tanya Luqman.
“Kalau
dengan Arissa, tak ada apa yang boleh buat aku terkejut. Kita semua
tahu perangai dia, bukan?”
“Habis
tu, kalau kau dah tahu kenapa kau tak mengelak? Jangan-jangan kau dah
sukakan dia. Oh, tidak! Aku tak boleh bayangkan kau orang berdua
bercinta,” ujar Luqman sambil membenamkan mukanya ke atas bantal
tidurnya itu.
“Jangan
mengarut. Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak perlulah risau.”
Luqman
mengangkat kepala. Kemudian, dia menghela nafas panjang menenangkan
fikiran sebentar.
“Sebab
aku tak tahu apa yang kau nak buatlah aku risau. Aku tak nak
tiba-tiba aku dengar kau nak pergi pinang si Arissa tu. Masak wei.
Kau nak jadi mangsa Arissa seterusnya ke? Nak tambah koleksi yang ada
ke?” tanya Luqman sedikit tenang.
Nazwan
tersenyum Senyumannya menyimpan beribu makna.
“Pendek
kata, aku tahu apa yang aku buat. Aku pandai jaga diri. Aku tahu
Arissa tu macam mana. Kalau dia nak pikat dengan teknik murah dia
tu... dia patut fikirkan sekali lagi,” ujar Nazwan yang kali ini
tampak lebih serius.
Mendengar
Nazwan berkata dengan serius, Luqman kembali tenang. Dia berharap
Nazwan tidak mudah terjerat dengan teknik pemburu cinta Arissa.
Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka berdua sudah
lama menjadi kawan Arissa.
Kawan?
Rasanya tiada istilah kawan antara mereka dengan Arissa. Sejak Arissa
berpindah ke sebelah rumahnya, Arissa sendiri mentabalkan dirinya
sendiri menjadi kawan mereka kerana kebetulan Arissa bersekolah di
sekolah yang sama dengannya.
Di
sekolah, walaupun Arissa seorang yang popular tapi dia tidak
mempunyai kawan. Arissa berkawan dengan Sarah pun sebab dapat tahu
yang Luqman sukakan Sarah senyap-senyap. Bila Arissa dapat tahu,
habis kecoh satu sekolah. Memang malu Luqman waktu itu dan sejak dari
itu dia makin tidak sukakan Arissa. Namun, dia bernasib baik sebab
Sarah juga sukakan dia.
Walaupun
dia dengan Sarah bersama disebabkan Arissa tetapi Luqman tetap
menyimpan rasa tidak puas hati terhadap apa yang Arissa lakukan.
Peristiwa diejek satu sekolah memang tidak dapat dilupakannya. Dia
juga berharap suatu hari nanti, dia dapat balas apa yang Arissa sudah
buat padanya. Barulah dia puas hati!
“Itu
ke sebab kenapa kau tiba-tiba nak naik kereta klasik aku?” tanya
Nazwan mengetawakan Luqman. Dia memang tidak dapat lupakan muka
Luqman melambainya tadi.
“Siapa
lagi kalau bukan ahli sihir tu ugut aku nak bakar album AKB48.
Rupanya dia yang rompak album yang hilang tu. Dia sengaja nak ugut
aku dengan benda tu,” terang Luqman.
Nazwan
ketawa lagi. Dia tidak sangka Arissa sudah bersiap-sedia dengan
rancangan memikatnya. Mungkin Arissa tahu Luqman pasti akan menjadi
batu penghalang, jadi dia gunakan kelemahan Luqman itu untuk
membuatkan sepupunya itu terdiam.
“Jangan
nak gelak. Ini semua kau punya pasal berlagak jadi hero depan dia.
Kalau dah tahu dia tu mudah cair, janganlah nak tunjuk lagak. Tak
pasal-pasal aku juga yang kena ugut. Sekarang ni, aku kena fikir
macam mana nak rampas balik album tu dari tangan dia.”
“Dan
yang penting kemas laci nombor 2 tu,” tambah Nazwan.
“Tahulah!”
***
Pukul
7.00 pagi. Arissa masih lagi berbaring di atas katilnya sambil
menonton televisyen. Bagaimanapun, dia sendiri tidak pasti rancangan
apa yang ditengoknya sekarang. Mata sedang menonton televisyen tapi
fikirannya jauh melayang memikirkan kata-kata Sarah semalam.
Sarah
berkeras menyuruhnya melupakan niatnya untuk memikat Nazwan. Dia
tidak faham. Salahkah kalau dia sudah jatuh hati pada Nazwan? Semua
orang boleh jatuh cinta dengan sesiapa pun. Begitu juga dengan dia.
Lagipun, dia jatuh hati dengan Nazwan. Nazwan tu lelaki, bukannya
perempuan. Lainlah kalau dia jatuh cinta dengan perempuan. Itu memang
Sarah berinya amaran.
“Arrghhh,”
keluhnya sambil menumbuk-numbuk bantal kesayangannya. “Takkanlah
diorang ingat aku ni nak main-mainkan Nazwan. Ingat cinta aku ni
cinta main-main ke? Memanglah aku ni dah macam taraf playgirl, asyik
bertukar teman lelaki macam tukar baju tapi aku bukan tukar tapi
berpisah. Tukar dengan berpisah lain.Takkan itu pun tak tahu
bezakan.”
“Arissa,”
tiba-tiba namanya dipanggil serentak dengan pintu biliknya dibuka.
Puan Fiza yang sudah berpakaian kemas untuk ke tempat kerja, berdiri
di muka pintu. “Hei, tak ke kuliah ke hari ni?”
“Tak
nak!” ujarnya separuh merajuk.
“Kenapa
pula ni?” tanya Puan Fiza mendekati Arissa.
“Tak
ada apa. Malas nak pergi kuliah je,” jawab Arissa berbohong.
“Mmm...,”
Puan Fiza menjeling jam tangannya. “Mama Fiza ada meeting pagi ni.
Kita bincang petang nanti, ya.” pujuk Puan Fiza. Walaupun Arissa
bukan anak kandungnya tapi pengalaman 8 tahun menjaga Arissa banyak
membantunya mengenali gadis itu. Kalau Arissa menyorok dalam bilik
tidak keluar-keluar, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran anak
gadis itu.
“Betul.
Tak ada apa,” ujar Arissa cuba menyakinkan Puan Fiza.
“Petang
nanti kita bincang,” ujar Puan Fiza masih tidak percaya dengan
alasan 'tak ada apa' Arissa. “Mama Fiza pergi dulu. Jangan buat
lakukan apa-apa yang tak datangkan faedah,” amaran diberikan.
“Tahu,”
jawab Arissa menarik muncung.
“Oh
ya, kalau lapar... masak sendiri,” pesan Puan Fiza sebelum menutup
pintu.
“Kalau
dah tak ada mood, mana ada rasa nak makan,” ujar Arissa menghela
nafas panjang. Dia mencapai alat kawalan jauh dan menutup televisyen.
“Ah, keseorangan lagi.”
***
“Arissa
tak datang?” tanya Luqman yang terkejut. Berita yang disampaikan
oleh kekasih hatinya, Sarah itu benar-benar tidak disangka.
Sarah
mengangguk.
“Dia
tak sihat ke?” tanya Nazwan.
“Tak.
Dia merajuk,” ujar Sarah acuh tak acuh. “Aku telefon dia pun tak
angkat.”
“Apa
yang kau beritahu dia semalam sampai dia merajuk tak datang kuliah?”
tanya Luqman sedikit gembira. Mujurlah Sarah memihak padanya. Kalau
Sarah dengan Arissa bergabung tenaga, memang payah dia hendak menang.
“Perkara
biasa je. Suruh dia lupakan niat dia nak pikat Nazwan, itu saja,”
jawab Sarah.
“Dia
balas apa?” tanya Nazwan pula.
“Tak
ada apa. Aku terus blah. Dia tu, orang kata apa pun takkan dengar.
Degil. Buat penat mulut je nasihatkan dia. Lebih baik kau hati-hati
lepas ni,” kata Sarah kepada Nazwan. Seperti Luqman, dia juga tidak
suka rancangan gila Arissa kali ini. Macam sudah tidak ada lelaki
lain. Tak pasal-pasal Nazwan dapat susah.
“Dia
tu gila sikit. Selagi tak dapat, dia akan cuba juga semua cara sampai
dia dapat apa yang dia nak. Bahaya betul,” ujar Luqman dengan
makanan yang penuh di mulut. “Itulah, aku dah bagi amaran awal-awal
tapi kau degil. Baik bagi je dia kena rogol,” kata Luqman sekali
lagi melahirkan rasa tidak puas hati pada Nazwan.
Serentak
itu Sarah menendang kaki Luqman.
“Kenapa?”
marah Luqman.
“Kalau
cakap tu biar perlahan sikit,” ujar Sarah sambil memandang
sekeliling. Nasib baiklah tiada orang yang mendengar apa yang
dikatakan oleh Luqman tadi.
“Biarlah
orang lain dengar, baru dia orang tahu macam mana Arissa tu,” ujar
Luqman mendengus marah. Puas hati dia!
“Masalahnya
nama baik aku pun tercemar tau sebab berkawan dengan dia,” ujar
Sarah memberikan alasan.
Nazwan
tiba-tiba bangun dan mencapai begnya.
“Kau
nak ke mana?” tanya Luqman pelik. Lagi pelik apabila dia melihat
roti yang dibeli Nazwan tadi tidak terusik sikit pun.
“Balik,”
ujar Nazwan sepatah.
“Bukan
ke kau ada kelas lagi hari ni?” tanya Luqman lagi.
“Ponteng,”
jawab Nazwan selamba dan mengorak langkah meninggalkan kafeteria itu.
Luqman dengan Sarah melihat dengan penuh tanda tanya.
***
Gebar
putih yang menutupi tubuhnya ditarik seseorang sehingga mendedahkan
tubuhnya yang masih lagi memakai baju tidur. Serentak itu, Arissa
mencelik mata. Fazira berdiri di tepi katilnya sambil memeluk tubuh.
“Kenapa?
Aku nak tidurlah,” kata Arissa sambil menarik gebarnya kembali.
Tetapi
sekali lagi Fazira menariknya. Kali ini ditariknya sampai jatuh ke
lantai.
“Apa
kena dengan kau ni? Nak cari gaduh ke?” Arissa mendengus marah.
“Sampai
bila kau nak tidur? Kau ingat, kalau kau tidur, masalah kau boleh
selesai dengan tiba-tiba?” Fazira mula bersuara. Suaranya tidak
macam selalu. Kali ini agak tegas.
“Lantaklah!
Bila masa aku kata aku ada masalah?” Arissa mengereng sengaja tidak
mahu berhadapan dengan Fazira.
“Mama
yang kata. Kalau mama tak kata pun aku tahu. Cepat bangun. Aku ada
beli makanan untuk kau. Jom makan. Lepas makan barulah kita fikir
macam mana nak selesaikan masalah kau tu,” ajak Fazira.
“Aku
kata aku tak ada masalahlah!” tengking Arissa.
Fazira
menghela nafas panjang. Dia memandang Arissa dengan tajam. Walaupun
pada ketika itu Arissa bagaikan singa kelaparan yang bila-bila masa
sahaja akan menerkam mangsanya tetapi dia langsung tidak menunjukkan
reaksi takut.
“Kak
Arissa, kau tahu tak yang kau akan jadi kakak tiri kepada Cinderella
bila kau ada masalah?” ujar Fazira.
“Jangan
perasanlah nak jadi Cinderella,” balas Arissa sambil membaling
bantal kesayangannya ke arah Fazira. “Alamak!” Setelah bantal
kesayangannya berada di tangan Fazira, barulah dia tersedar yang dia
sudah termasuk ke dalam perangkap Fazira.
Fazira
mengukir senyuman. Dia lantas mencapai pisau di meja tulis Arissa dan
menghalanya ke arah bantal kesayangan Arissa di tangannya itu.
“Cakap
atau aku bunuh bantal kesayangan kau ni.”
“Mana
ada Cinderella buli kakak tiri!” ujar Arissa tidak puas hati.
“Malangnya
aku bukan Cinderella lagi. Nak cakap ke tak?” Fazira masih
mengugut.
“Okey!
Okey!” Arissa mula cemas. Dia duduk bersila di atas katilnya sambil
menghadap ke arah Fazira yang duduk di kerusi tulisnya sambil
memegang erat bantal kesayangannya itu.
“Aku...
jatuh cinta lagi,” beritahu Arissa ringkas.
“Dan?”
Arisa
mengeluh lemah.
“Kali
ni agak susah sebab orang tu adalah kawan aku sendiri. Bila
kawan-kawan aku yang lain dapat tahu aku nak pikat lelaki tu, diorang
tak setuju. Dia orang ingat aku sengaja nak mainkan perasaan lelaki
tu. Helo, aku bukan playgirl yang suka-suka main cinta-cinta. Cinta
aku selama ni ikhlas tapi mungkin dah nasib aku, seorang pun tak
lekat. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Takkan aku nak nafikan aje
perasaan aku dan lupakan lelaki tu,” ujar Arissa meluahkan apa yang
terbuku di hatinya.
“Kau
betul-betul sukakan dia ke?” tanya Fazira.
“Mestilah.
Takkan kau tak kenal aku. Kalau aku dah kata suka, itu bermakna
memang aku suka. Walaupun dia aku dah lama berkawan dengan dia tapi
aku tak rasa apa yang aku alami ni hanya perasaan antara kawan. Ia
lebih daripada seorang kawan. Tapi malangnya, kawan-kawan aku yang
lain ni tak percaya. Aku ingatkan bila diorang dah lama berkawan
dengan aku, diorang kenal aku, rupanya selama ni diorang anggap aku
ni tak ubah macam playgirl,” tambah Arissa lagi.
“Pedulikan
apa yang kawan kau cakap. Biarlah diorang nak jadi pembangkang
asalkan kau tahu apa yang kau buat,” ujar Fazira ringkas.
“Tapi...
diorang tu kawan aku.”
“Kalau
diorang kawan kau, diorang patut bagi kau peluang bukannya main
bangkang macam tu,” tambah Fazira lagi.
Arissa
mendiamkan diri seketika.
“Susahlah.”
“Tak
ada yang susahnya. Kau terus terang ajelah dengan Nazwan yang kau nak
pikat dia dan beritahu Luqman dengan Sarah tu, jangan ganggu urusan
rumah tangga orang,” ujar Fazira sambil mencampak bantal kesayangan
Arissa itu kepada tuannya.
“Ye
tak ya juga,” ujar Arissa menangkap bantal kesayangannya. “Ehhh...
macam mana kau tahu aku jatuh cinta dengan Nazwan?” tanya Arissa
terkejut besar apabila memproses kembali maklumat yang diterimanya
tadi. “Dan Luqman dan Sarah...”
“Tak
perlu nak sembunyikan daripada aku. Kau ingat kau tu banyak sangat
kawan ke? Kawan kau hanya Nazwan, Luqman dan Sarah. Selain dia orang
bertiga tu, kau tak ada kawan lain kat sini,” ujar Fazira.
“Ekk?
Tiba-tiba aku rasa hidup aku kesian sangat,” ujar Arissa sambil
berfikir. Bila Fazira kata begitu, barulah dia sedar yang selain
mereka bertiga dia tiada kawan lain.
“Kalau
kau rasa tiba-tiba perut kau lapar, pandai-pandailah turun bawah ye,”
ujar Fazira yang tidak berminat hendak melanjutkan perbualan itu. Dia
mula mengorak langkah meninggalkan bilik Arissa.
“Mmm...
lapar,” ujar Arissa memegang perutnya yang sudah berkeroncong.
“Fazira! Tunggu aku!” tanpa berlengah lagi dia berlalu turun ke
bawah.
***
“Awal
balik,” tegur Puan Latifah kepada Nazwan yang baru sahaja melangkah
masuk ke dalam. Nazwan sekadar tersenyum. “Luqman kata kamu ponteng
kelas,” tambah Puan Latifah lagi. Nazwan yang ingin melangkah naik
ke atas, terpaksa berpatah balik menghampiri Puan Latifah di ruang
tamu.
“Dia
tu memang tak sah kalau tak report,” ujar Nazwan sambil duduk di
sofa bertentangan dengan Puan Latifah. Dia memandang sekeliling.
“Nenek
tak ada. Dia pergi jumpa kawan-kawan dia,” beritahu Puan Latifah
tanpa ditanya. Dia yang sedang membelek majalah tadi, menutup majalah
itu dan memandang Nazwan. “Kalau kamu ada masalah Mama Tifa sedia
mendengar.”
“Tak
ada apa,” jawab Nazwan pendek.
“Kenapa
hah?” tanya Puan Latifah tiba-tiba. “Setiap kali budak remaja
baya kamu ada masalah, bila ditanya tentang masalah diorang, diorang
akan balas jawapan yang sama. Tak ada apa. Macam dah jadi satu virus
pula.”
Nazwan
tersenyum pendek.
“Tentang
Arissa bukan?” tanya Puan Latifah lagi.
Perlahan-lahan
Nazwan mengangguk.
“Luqman
ada beritahu. Sebenarnya, kalau Luqman tak beritahu pun Mama Tifa dah
tahu. Apa yang berlaku pagi semalam memang dah boleh nampak yang
Arissa dah jatuh cinta pada kamu,” ujar Puan Latifah
tersengih-sengih mengenangkan kejadian pagi semalam.
“Mama
Tifa, seriuslah,” ujar Nazwan yang tidak faham kenapa ibu
saudaranya itu tersengih-sengih.
“Maaf.
Bukan maksud Mama Tifa nak ketawakan kamu tapi benda ni sweet.”
“Sweet?”
Serius. Dia sendiri tak faham dengan pemikiran perempuan. “Apa yang
sweetnya?”
“Cara
dia cuba tarik perhatian kamu semalam memang Mama Tifa tak dapat nak
jangkakan. Caranya agak simple. Walaupun hanya dengan buatkan kamu
donut dan tuang air kopi untuk kamu tapi tengok lenggok badan dia
Mama Tifa dah tahu. Oh ya, Mama Tifa tak boleh lupakan apa yang dia
kata, 'Nazwan sangat comel dan kelakar' dari situ Mama Tifa dapat
tengok yang dia memang dah jatuh cinta dengan kamu,” ujar Puan
Latifah yang masih tersengih-sengih.
“Jatuh
cinta? Dia dah banyak kali jatuh cinta dengan lelaki. Siapa yang nak
percaya,” ujar Nazwan langsung tidak percaya.
Puan
Latifah mengangguk faham.
“Arissa
macam arwah ibu dia,” ujar Puan Latifah setelah mendiamkan diri
beberapa minit. “Bila Mama Tifa pandang dia, Mama Tifa teringatkan
arwah ibu dia.”
“Arwah
ibu dia pun macam tu? Playgirl?”
Puan
Latifah menggeleng.
“Macam
yang kamu nampak sekarang. Mudah jatuh cinta dan mudah putus cinta.
Tapi bila dia putus cinta, dia tak menangis. Putus cinta buat dia
lebih kuat. Nak salahkan dia sebab selalu bertukar pasangan pun tak
boleh sebab kadangkala apa yang dia buat untuk kebaikan dia juga.
Mama Tifa ingat, sampai ke tua pun dia takkan berkahwin tapi satu
hari semuanya berubah. Dia jatuh cinta dengan seseorang yang tak
patut dia jatuh cinta. Orang tulah papa Arissa.”
“Kenapa
dengan papa Arissa?” tanya Nazwan sedikit berminat hendak
mengetahui cerita-cerita lama itu.
“Dia
playboy. Pada awalnya Mama Tifa rasa memang padanlah diorang bersama
sebab seorang playboy dan seorang lain suka sangat memburu cinta.
Mengejutkan hubungan diorang sampai ke jinjang pelamin. Dan
seterusnya kamu tahu, ibu Arissa meninggal dunia selepas melahirkan
Arissa dan papa Arissa kembali jadi playboy.”
“Apa
yang Mama Tifa nak kata sebenarnya?” tanya Nazwan. Dia tahu sangat
kalau Puan Latifah sudah buka cerita-cerita lama, pasti ada sesuatu
yang ingin disampaikan.
“Mama
Tifa perasan Arissa ada persamaan dengan arwah ibunya. Mama Tifa
masih ingat lagi reaksi arwah ibu Arissa masa dia beritahu dia sudah
jatuh cinta dengan papa Arissa. Masa tu... wajahnya sangat ceria.
Senyumannya tak lekang di bibir. Sama macam Arissa semalam,” terang
Puan Latifah cuba menyakin Nazwan.
“Jadi...
dia betul-betul...” Nazwan tidak mampu hendak melengkapkan ayatnya
itu.
“Hanya
satu cara untuk pastikan,” ujar Puan Latifah dengan senyum.
Melihat
senyuman Puan Latifah, Nazwan dapat membaca apa yang ingin
diberitahunya. Dia menghela nafas berat. Mustahil dia akan bagi
Arissa peluang. Itu cari nahas namanya. Tapi... bolehkah dia
melepaskan diri daripada perangkap cinta Arissa.
Dia
perlu buat keputusan. Segera!
***
“Aku
dah buat keputusan,” ujar Arissa yang menghampiri mereka bertiga
yang sedang menikmati makanan tengah hari di kafeteria.
“Hai
Arissa, akhirnya kau datang juga,” sapa Luqman dengan nada
menyindir.
Arissa
membalas kembali senyuman tidak ikhlas Luqman tadi dengan senyuman
menggedik. Sengaja dia hendak panaskan hati Luqman. Kal ini, dia akan
pastikan hati Luqman terbakar dengan keputusannya.
“Keputusan
apa?” tanya Sarah tergagap-gagap.
Arissa
nampak bersemangat. Malah lebih bersemangat daripada hari-hari yang
lain. Keputusan yang Arissa buat juga membuat dia tertanya-tanya.
Adakah Arissa dengar nasihatnya atau masih berdegil.
“Rileks.
Jangan panik,” ujar Arissa menyuruh mereka semua bertenang.
Arissa
menghela nafas panjang. Kemudian, dia memandang tepat ke arah Nazwan
yang duduk bertentangan dengannya. Nazwan bagaikan patung. Sebenarnya
dia masih lagi terkejut dengan kehadiran Arissa yang tiba-tiba itu.
“Nazwan,
jom kita dating!” ujar Arissa tanpa berkias-kias lagi.
Luqman
dan Sarah yang mendengar masing-masing mengeluh lemah. Gila punya
Arissa. Masing-masing menyumpah Arissa yang degil dan tidak dengar
kata.
“Macam
mana? Setuju tak?” tanya Arissa kepada Nazwan yang masih senyap.
Reaksi
Nazwan masih lagi seperti tadi. Tiada langsung reaksi terkejutnya.
“Jangan
setuju Nazwan. Dia dah gila,” ujar Luqman mendesak Nazwan menolak.
“Jomlah
dating,” ujar Arissa dengan manja separuh gedik.
“Okey,”
jawab Nazwan pendek.
“What?!”
Sarah dan Luqman memandang Nazwan.
“Yes!”
sorak Arissa gembira.
Labels:
SUD
10 si charming:
-
kalau la boleh jadi macam arissa.. my life would be better...
-
wah!!! clap2 ^^ she has that kind of confidence ~.^ makin excited makin xsbr nk tau next entry >..< hee
-
perghhh..arissa memang terbaik sebab die walaupon gedik tapi jujur dengan diri die..^__^..dunia mereka akan huru-hara sebab nazwan da setuju nak date!!hahaha
-
klakar lak...
tp luqman n sarah x ptut bt arissa mcm 2...
sbgai kwn dorng mstla skong...
-
dah follow blog nih..best sagat baca novel kat cini..A+ untuk blog nih.
-
kawan2 arrisa nie cm xikhlas jew nk bkawan.. cian kwn tu, dhlar xde mommy..
si sarah nie ikut sgt ckp luqman tu.. apelar..
Arissa.. fighting..!! hope si nazwan try selami hati dia..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...7 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun Wh...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Writers Write End Of Year SALE - Save 20% off all courses in Johannesburg. Buy one of our courses and save! Offer expires 30 December 2017. The offer does not include online courses. Click...6 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
hello 2023Setahun yang lalu
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad4 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita5 tahun yang lalu
-
Bab 4 : Tak Mengaku Cinta5 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Kerana Aku Sayang Padamu- Bab 18 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!8 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
Prince Charming
Karya pertama
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
Karya ke-5 (cerpen)
Karya ke-7 (travelog)
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
adusss ! daa makin excited nyh :D