Ta-da!!!
Mengenang kembali terciptanya SuD,
memang banyak kenangan pahit dan manis. Dalam tempoh menulis
manuskrip ni, komputer saya pernah rosak banyak kali. Nasib baik ada
laptop HP yang kecil yang masih berfungsi lagi (malah berfungsi
sampai sekarang). Menulis di laptop kecil membuatkan saya selalu
pening kepala dan sakit mata. Namun, mujurlah abang saya pinjamkan
CPU dia yang tidak digunakan lagi. Saat saya nak habiskan manuskrip
ni, dugaan datang menimpa lagi apabila pendrive yang saya simpan
manuskrip saya perlu diformat. Tapi mujurlah saya menulis dalam
program Scrivener, jadi dapat diselamatkan sikit-sikit.
Seseorang untuk Dinikah adalah novel
ke-4 bersama Fajar Pakeer. Kali terakhir novel saya diterbitkan
adalah pada tahun 2012. Tahun 2013 memang tak de novel langsung.
Sedih memang sedih tapi apa boleh buat, salah sendiri jugak hehe...
Bila novel ni diterbitkan pada tahun Januari 2014, saya rasa
bersyukur sangat.
Sejujurnya, saya rasa takut dengan SUD.
Takut kalau cerita ini tidak menepati cita rasa anda. Takut
kalau-kalau saya tak dapat puaskan pembaca yang sudah lama mengikuti
enovel ini di blog. Apa pun saya sudah cuba yang terbaik. Saya minta
maaf kalau ianya tak menepati cita rasa atau kepuasan anda. Jika ada
sebarang komen, boleh emelkan kepada saya. Saya memang alu-alukan
komen korang semua, kerana dengan komen, saya dapat memperbaiki
kelemahan dan dikesan dan praktikkan untuk novel seterusnya ^_^
Untuk projek seterusnya, saya dalam
proses menulis manuskrip Antasia: Pertarungan Terakhir. Proses
menulis Antasia agak rumit sikit dan saya bahagikan kepada beberapa
fasa. Buat masa ini saya masih belum tahu sama ada hendak terbitkan
sendiri atau memberi kepada syarikat penerbitan lain untuk
diterbitkan. Jadi, sementara ini saya tak memikirkannya lagi kerana
apa yang penting adalah menulis manuskrip ini terlebih dahulu.
Selain Antasia, saya juga sedang
menulis draf untuk Hikayat Cinta 2. Saya harap dapat siapkan sebelum
bulan 6 nanti. Kemudian, saya akan post di blog setelah manuskrip
penuh dihantar kepada publisher. Insyallah.
Berbalik pada SUD, terdahulu saya ingin
mohon maaf sebab kali ini saya tak buka pesanan online. Bagi sesiapa
yang berminat hendak mendapatkan novel ini, anda boleh dapatkan di
kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Bagi yang rasa agak susah nak
dapatkan novel ni di kedai, anda boleh beli secara online dengan
Fajar Pakeer.
Buat masa ini, Fajar Pakeer sedang
membuat promosi bagi novel keluaran Januari 2014. Berikut adalah
butir-butir pembelian:
Untuk pesanan online harga pakej:
RM45 Semenanjung
RM50 Sabah/Sarawak
PESAN SEBELUM 27 JANUARI 2014
Cara-caranya:
1. Bank-in ke akaun Maybank Fajar Pakeer Sdn. Bhd. 514299127137
2. Kepilkan slip pembayaran berserta nama penuh, alamat, nombor telefon & e-mel ke order@fajarnovels.com.my
Add dan join Fajar Pakeer di Facebook
untuk maklumat lanjut.
Facebook Fajar Pakeer:
https://www.facebook.com/editorial.fajarpakeer?hc_location=stream
Group Fajar Pakeer:
https://www.facebook.com/groups/633602066700715/
AKAN DATANG JANUARI 2014
Tajuk: SESEORANG UNTUK DINIKAHI
Penulis: RATU BULAN
Harga: RM26.00 / RM29.00
Penerbit: Fajar Pakeer
Jatuh cinta. Bercinta. Putus cinta.
Bercinta kembali.
Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa.
Walaupun sudah banyak kali dikecewakan, tetapi dia tidak pernah
membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta
sejati kerana dia percaya, selagi ada usaha, dia tentu akan bertemu
dengan cinta sejati. Namun, tanpa diduga, dia terjatuh cinta dengan
sahabatnya sendiri, Nazwan Syah.
Cinta perlu dicari. Nak cari cinta kita
perlu ada usaha. Macam mana nak berusaha? Itulah yang dikatakan
memburu cinta. - Arissa.
Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah
untuk mencintai seseorang. Biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa,
tetapi itu bukan modal untuk Arissa memikat Nazwan. Apatah lagi
cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka, Luqman dan
Sarah, yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun, Arissa
tidak peduli. Dia terus melamar Nazwan sebagai kekasihnya.
“Nazwan, jom kita dating,” ujar
Arissa tanpa berkias-kias lagi.
“Jangan setuju, Nazwan. Dia dah
gila,” ujar Luqman mendesak Nazwan menolak.
“Jomlah dating,” ujar Arissa dengan
manja separuh gedik.
“Okey,” jawab Nazwan pendek.
“What?” Sarah dan Luqman memandang
Nazwan.
“Yes!” sorak Arissa gembira.
Namun, Nazwan tidak pernah serius.
Setelah berlaku suatu insiden, kedua-dua keluarga berpakat hendak
mengikat mereka berdua dengan tali pertunangan. Ketika pertunangan
itu berlangsung, Nazwan mengambil keputusan melarikan diri ke luar
negara. Kecewa memang kecewa, tetapi Arissa tetap menjalani
kehidupannya tanpa Nazwan di sisi.
Dua tahun berlalu, ketika hati semakin
sembuh, muncul Mr. Iphone yang menceriakan hari-harinya. Dalam masa
yang sama juga, Nazwan muncul semula dalam hidupnya. Mampukah cinta
lama berputik kembali? Dan, apa yang Nazwan sembunyikan daripada
Arissa selama ini?
yes...akhirnya terbit jugak...
asyik baca yg kat blog ajer berulang kali..hehe